Selasa, 19 Julai 2011

Putus Cinta

Putus Cinta tak bererti segala kehidupan ini terhenti.. 
Putus Cinta bukan bermakna kita gagal dalam kehidupan..
Bila difikir-fikir, putus cinta itu adalah satu pengajaran..

Pengajaran yang membawa kita kepada dunia yang lebih baik..
Pengajaran yang memberi kita pemikiran yang lebih luas..
Pengajaran yang mewujudkan rasa sabar, tabah dan redha...
Pengajaran yang mungkin mematangkan diri kita...

Setiap perkara itu.. 
Jangan terlalu memikir tentang negatifnya... 
tapi.. berfikir apa yang positifnya...

Putus Cinta...
Ia mungkin satu petunjuk Tuhan..
yang dia bukan Jodoh kita...

Putus Cinta...
Mungkin sebagai satu rahmat...
dimana kita dibawa keluar dari terus melakukan dosa..

Putus Cinta...
Mungkin ia membuka ruang yang luas..
agar kita mampu bergerak untuk melakukan pelbagai perkara yang kita mahu..

Putus Cinta..
Mungkin mampu menjauhkan kita..
dari terus terluka dan terluka...

Pelbagai hikmah yang bakal terjadi...
kepada mereka yang putus cinta...
jangan sampai hilang pedoman diri..
jangan sampai melakukan perkara yang tidak diingini...

amalkan lah doa ini..
semoga hati kita dilindungi...
dari melakukan perkara-perkara yang mungkin tak terjangka..
semoga kita sentiasa tabah dalam menghadapi segala ujian Tuhan...
Berdoalah selalu...
Allah suka hambanya yang sentiasa meminta-minta dariNya..

SAYANGILAH DIRI KITA SENDIRI DARI KITA MENYAYANGI ORANG LAIN..:)

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.

Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.

Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan