Jumaat, 29 Julai 2011

Harimau Malaya tewas ke Piala Dunia 2014..

 
Perlawanan di antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil, mendapat smbutan ramai setelah tiket habis dijual dalam masa dua hari sahaja.. Pastinya penyokong HARIMAU MALAYA bersemangat untuk melihat sendiri jalan permainan dan memberi sokongan kepada pemain.. 

Perlawanan sebelum ini yang telah berlangsung di Singapura telah menyaksikan kekalahan HARIMAU MALAYA dengan Malaysia (3) - Singapura (5).. Namun semangat juang pemain harus diberi perhatian. Ketiadaan Safiq Rahim sebagai Kapten Pasukan juga sebagai gandingannya bersama Safee Sali, mungkin mengubah corak permainan.

Walaubagaimanapun, perlawanan pada malam semalam menyaksikan betapa sukarnya Malaysia untuk mendapatkan rembatan. Peluang yang ada, digunakan sebaiknya oleh Safee Sali untuk menjaringkan gol sulung pada hari ini.. Keeper yang dipilih untuk menjaga gawang Malaysia juga sangat terbaik, kerana mampu menghalang pelbagai cubaan Singapura untuk menjaringkan gol.. Tahniah buat Khairul Fahmi..
Perlawanan berakhir dengan jaringan (1)-(1).. dan ini telah melayakkan Singapura ke pusingan seterusnya.. Tahniah buat pelakon-pelakon terhebat.. Kepada HARIMAU MALAYA.. Anda kalah..tapi kalah anda bermaruah.. Permainan yang tidak ada unsur lakonan atau sesuatu yang dinamakan tidak adil.. TAHNIAH MALAYSIA.. Walaupun gagal ke pusingan seterusnya, tapi anda sudah cukup menjadi pasukan terbaik buat kami.. 

Tahniah terutama kepada penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat, kerana anda adalah pemain terbaik pada perlawanan ini.. Juga tahniah kepada Safee Sali yang berusaha gigih dan Kunalan yang sangat pantas berlari tidak kira ke mana pun untuk mendapatkan bola..  Kesungguhan semua sudah cukup untuk kami. Penyokong yang sejati tidak akan sesekali menyalahkan anda atas kekalahan ini. Malah sokongan tetap diberikan untuk menyuntik kembali semangat kalian. Insya Allah, jika ada rezeki, anda akan pergi lebih jauh. Kekalahan ini bukan bererti HARIMAU MALAYA akan undur, tetapi akan lebih menunjukkan taringnya di perlawanan lain.. Teruskan semangat anda..

Dari hati, amat sedih melihat muka-muka pemain Malaysia, terutama Safee Sali.. Seandai ada Safiq Rahim dan Aidil, mungkin anda bertiga mampu mengegarkan stadium semalam..Ini mungkin bukan rezeki kita.. Ini mungkin suatu yang telah tertulis.. Kekalahan tidak bererti jatuh, malah kekalahan lah yang akan membangkitkan lagi semangat juang..

u'r the best..

keeper tbaek d ASIA..


anda sgt gigih mgejar bola..
tbaek...

this song for all 'HARIMAU MALAYA'


We are the champions - my friends
And we’ll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
’cause we are the champions - of the world -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan