Ahad, 17 Julai 2011

Kelas pemulihan dan pendidikan khas.. tue pun tak boleh beza ke?

Kelas pemulihan dan Pendidikan Khas...
Apa perbezaannya?? 
Banyak tahu bezanya... sapa kata sama jea dua kelas ni??
Jom tengok apa konsep kedua-dua perkataan ini..

Pemulihan Khas :-
Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.

Pendidikan Khas :-
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Anak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.
.............................................................................................

Melalui kedua-dua konsep tu, kita dapat melihat perbezaan kedua-dua kelas ini...

Bayangkan hati seorang ibu, anaknya yang normal.. tidak ada apa-apa masalah berkaitan OKU.. tapi anaknya dihantar ke kelas Pendidikan Khas.. Diakui, anak itu kurang dalam pendidikan, tetapi itu tidak bermakna anak itu perlu dihantar ke Pendidikan Khas.. Biasalah, anak-anak ini biasanya di peringkat usia 7 hingga 10 tahun, masih lagi dalam mentaliti yang suka bermain, tidak fokus pada pelajaran. Apa salahnya, cikgu itu membimbing dengan cara yang baik.. Kenapa perlu hantar ke kelas PENDIDIKAN KHAS? 

Sekiranya anak itu sememangnya lemah dalam pembelajaran, mereka perlu dimasukkan ke kelas PEMULIHAN KHAS.. bukan PENDIDIKAN KHAS... kesian anak-anak itu.. Bagi mereka yang tidak tahu apa perbezaannya, mungkin tak terasa.. tapi bagi mereka yang tahu?? Fikirkanlah...
..........................................................................
Saya ada adik.. darjah 1.. dia salah seorang pelajar yang dihantar ke kelas PENDIDIKAN KHAS.. Sungguh tak percaya.. adik saya normal, aktif... memamng pelajarannya agak perlahan.. kena betol-betol fokus pada dia untuk mengajar.. Susah buat kerja sekolah... tapi dia bukan PENDIDIKAN KHAS... 

Saya juga ada sepupu.. darjah 3.. dia turut dihantar ke kelas PENDIDIKAN KHAS.. semalam, ibunya menangis.. Kenapa?? Sebab anaknya normal, kenapa mesti dihantar ke kelas itu.. Sedangkan dulu, kakak anak ini lagi lambat darinya.. result lagi teruk darinya.. tapi tak dihantar pun.. Kesian ibu ini...

Saya juga ada adik OKU.. Ketika dia kecil, nak masuk darjah 1.. abah hantar adik ini ke kelas biasa.. Tak nak anggap dia kurang normal dari anak-anak lain, walaupun masa tue dah nampak.. dia masih belum boleh berkata-kata seperti adik beradiknya yang lain..Abah tidak boleh menerima, tidak sampai hati nak hantar dia ke kelas Pendidikan Khas.. sedangkan itu yang terbaik buatnya.. namun, akhirnya abah hantar juga.. Tau x?? kelas tue bukannya mengajar anak-anak ini matematik, sains dan sebagainya.. tetapi mengajar anak-anak ini untuk hidup berdikari..mengajar pengurusan diri yang baik, memasak, berpakaian, dan sebagainya..Berbeza sangat dengan kelas PEMULIHAN KHAS...

Kesian kepada adik dan sepupu.. Ini bukan membaiki mereka tapi menghancurkan lagi mereka.. Tindakan abah.. buat surat pertukaran sekolah... semoga adik dibantu di sekolah barunya nanti..

Tolong fahami makna dan konsep itu dulu, sebelum melaksanakan sesuatu.. Kasihan ibu bapa anak-anak itu.. Sedih hati mereka...:(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan