Rabu, 20 Julai 2011

||^10 CARA ROMANTIK MEMOHON MAAF^||

Bila si kekasih hati merajuk dengan tingkah laku dan perbuatan kita, pastinya kita tercari-cari bagaimana cara hendak memujuknya agar hilang rajuk dihatinya.. Di sini ada beberapa cara romantik yang boleh dipraktikkan agar dapat menawan semula hatinya..


Hulurkan sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya. Jangan lupa selitkan sekali kad ucapan yang ditulis dengan kata-kata indah untuk memujuknya. Lebih romantik jika bunga pilihan kamu adalah bunga kegemaran dia.
    Coklat boleh memberikan ketenangan kepada mereka yang sedang berduka lara. Jadi, hadiahkan kepadanya sebagai tanda kamu memohon maaf. Paling romantik jika coklat tersebut kamu suapkan ke mulutnya sebagai tanda kamu begitu mencintainya dan tidak boleh hidup tanpanya di sisi.  

    Tulis sebuah kad ucapan yang memuatkan 10 ALASAN mengapa si dia perlu memaafkan kamu. Sebab pertama sudah tentulah kamu kerana kamu amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya. Pasti si dia berbahagia apabila membaca kad ucapan yang ringkas tetapi cukup menyentuh hati.  

    Bagi mereka yang agak jiwang atau meminati muzik, apa kata kamu tujukan sebuah lagu kepadanya melalui radio kegemaran kamu berdua dengan ucapan memohon maaf. Tambah romantik, jika kamu sendiri yang menyanyikan lagu tersebut. Si dia yang mendengar sudah pasti sangat terharu dan menghargai kesungguhan kamu memohon maaf.  

    Jika berkesempatan, tunjukkan kemahiran memasak kamu. Sediakan menu kesukaannya dan layanlah dia sebaik mungkin. Dengan layanan yang baik serta hidangan yang lazat, si dia pasti akan melupakan rajuknya.  

    Bagi mereka yang berkemampuan, bawalah pasangan kamu yang merajuk itu ke pusat-pusat percutian kegemarannya yang mampu memberikan ketenangan. Dengan suasana yang nyaman, si dia pasti lebih mudah mendengar penjelasan yang kamu mahu berikan serta memaafkan kamu. Bagi mereka yang kurang mampu, ajaklah si dia ke lokasi yang banyak menyimpan kenangan manis di antara kalian berdua.  

    Imbas kembali kenangan-kenangan manis yang tercipta di antara kalian berdua. Dengan kenangan manis tersebut, mohonlah maaf secara ikhlas dan nyatakan kekesalan kamu di atas segala masalah yang terjadi. Tidak salah jika sesekali kamu mengalah demi insan yang tersayang. Apa yang penting hubungan cinta yang terjalin tidak putus dipertengahan jalan.   

    Hantarkan sekeping kad memohon maaf dan sekuntum bunga ke kediamannya sebelum dia keluar bekerja/ ke kelas. Si dia pasti akan terharu melihat kesungguhan kamu yang sanggup bangun awal pagi semata-mata untuk menyatakan maaf. Jika si dia telah memaafkan kamu, ambil kesempatan itu untuk menghantarnya ke tempat kerja dan elakkan perbualan ke arah punca perselisihan faham yang terjadi sebelum ini.  

    Ada juga individu yang tidak mempercayai daya tarikan yang ada pada sekeping kad atau sejambak bunga untuk meminta maaf. Kalau begitu, gunakan kata-kata indah yang paling romantik untuk meminta maaf. Paling penting hadir dengan wajah yang ikhlas serta senyuman yang jujur. Harus diingat, wajah mereka yang terpaksa sangat mudah kelihatan dalam situasi seperti ini.  

    Cara terakhir, apa kata kamu hantarkan SMS atau emel yang mampu membuatkan si dia ketawa. Dalam masa yang sama, turut selitkan kata-kata maaf agar si dia dapat memaafkan kamu. "Mood" yang baik serta suasana yang ceria mampu mengembalikan rasa percaya si dia kepada kamu. Tetapi awas, jangan ulangi kesilapan yang sama buat kali kedua.

    "SELAMAT MENCUBA...Dan SEMOGA BERJAYA MEMUJUK KEKASIH HATI ANDA.." 
    ♀   ♥ ♥ ♥ ♥ ♥   ♂

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan