Ahad, 24 Julai 2011

Harimau Malaya

Malaysia  VS Singapore..

Malam tadi dapat dilihat perlawanan antara Malaysia dan Singapura.. Pembukaan jaringan gol oleh Malaysia sangat menaikkan semangat peminat-peminat Malaysia.. Namun, ianya diikuti oleh beberapa jaringan gol dari Singapura.. Semangat penonton agak menurun, namun dinaikkan kembali oleh dua lagi jaringan gol.. 

Safiq Rahim dikeluarkan dari perlawanan setelah menerima kad merah.. Ianya sangat mencemaskan.. Permainan semakin mendebarkan terutama setelah safee sali keluar dan ditukarkan dengan pemain lain.. 

Walau apa pun, permainan di Singapura telah berakhir dengan Singapura (5) dan Malaysia (3)..

Malaysia masih belum kalah.. perlawanan di Bukit Jalil pada 28hb ini akan menentukannya.. Semangat juang pemain masih ada, dan penyokong Malaysia masih setia memberikan semangat dan sokongan..

Ayuh Malaysia... berjuang sehingga ke akhirnya.. MALAYSIA PASTI BOLEH... Keyakinan itu perlu ada, tetapi jangan terlalu yakin sebelum kita betul-betul berjaya.. Doa dari penyokong sentiasa ada.. Semoga pemain-pemain handalan seperti Safee Sali dan Aidil akan pulih dari kecederaan.. Agar mereka mampu mencorakkan permainan yang lebih baik sekaligus memberi kejuaraan itu kepada Malaysia..


Teringat lagu ini..

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


 Kepada penyokong-penyokong Malaysia.. Jom like link di bawah.. sebagai tanda sokongan anda.. :)

http://www.facebook.com/#!/pages/Harimau-Malaya/126028064127885

Tiada ulasan:

Catat Ulasan