Khamis, 21 Julai 2011

AWASI SIFAT MUNAFIK!!!!

Di antara sifat yang dibenci Allah SWT ialah sifat MUNAFIK. Menurut syarak munafik bermaksud seseorang yang melindungi kekufuran di dalam jiwanya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya dengan lisan dan perbuatan. Dia mengaku dan berikrar sebagai seorang Islam tetapi di dalam hatinya menolak kebenaran ajaran yang terkandung di dalam syariat Islam.


Orang Munafik ini tempatnya di neraka paling bawah sekali dan paling azab seksanya. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 145 yang bermaksud:-

"Sesungguhnya orang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dalam neraka."

Antara sifat orang munafik ialah:-



  •  Imannya tidak teguh. Sikap dan pendiriannya sentiasa berubah mengikut keadaan dan suasana. Mengikut mana arah angin bertiup lebih kuat, maka akan ke situlah arahnya. Bagaikan lalang ditiup angin.
  • Perbuatannya sering diubah-ubah. Jika bersama orang alim, dia ikut beribadat walau di hatinya terasa berat. Sebaliknya dia meninggalkan segala amalan yang diperintahkan Allah tatkala tiada orang  tanpa perasaan takut atau malu kepada Allah.
  • Perkataannya sering berubah-ubah. Apabila bersama orang mukmin, kata-katanya manis tetapi apabila di belakang mereka berbagai keji dan umpat dilemparkannya.
  • Orang munafik juga resah gelisah dan tidak tenang ketika bersama orang mukmin kerana banyak perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsunya tidak dapat dilaksanakan kerana merasa malu atau segan dengan mereka.
  • Mereka mengharapkan segala amal baktinya mendapat balasan segera di dunia, seperti memberi derma beratus ribu ringgit dengan mengharapkan pangkat dan nama disebut dan dipuja-puja.
  • Hati, perasaan dan segala kelakuannya hanya ditumpukan kepada soal-soal keduniaan semta-mata, bagi mereka soal akhirat adalah khayalan dan dogengan sahaja.
Adakah sifat-sifat ini ada dalam diri kita???
Nauzubillahi minzalik.. minta dijauhkan darinya... AMIN...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan