Ahad, 31 Julai 2011

MAKANAN UNTUK HATI

Makanan yg baik utk hati bknlah t’lalu susah utk dimakan. Mungkin ia di antara makanan kegemaran kamu.

1-     KULIT KAYU MANIS DAN BUNGA CENGKIH
Dua bahan utama rempah ratus ini wajib ada did lm setiap rumah. Kajian ada menyatakan bahawa kulit kayu manis dan bunga cengkih boleh meningkatkan fungsi insulin dalam badan. Ia juga boleh merendahkan kadar kolestrol. Cubalah ambil secubit serbuk kulit kayu manis dan taburkan ke dalam kopi atau yogurt yang selalu kamu makan.

KOPI
Kajian menyatakan bahawa wanita yang minum kopi setiap hari dapat mengurangkan 24% kadar serangan jantung. Namun, terlalu banyak kafein juga boleh menyebabkan kamu gementar.

BIJIRIN DAN SUSU
Pendek kata, ambillah sarapan pagi yang sihat.
Ada kajian menunjukkan bahawa orang yang selalu mempunyai berat badan ideal, tekanan darah yang normal dan kurang kadar kolestrol adalah terdiri daripada mereka yang mengamalkan bijirin dan susu sebagai sarapan pagi.

Sabtu, 30 Julai 2011

janganlah buat orang yang mencintai kamu kecewa..

  1. Org yg mencintai kamu tidak pernah mampu m'berikan alasan kenapa dia mencintai kamu.. yang dia tahu dihati dan matanya hanya ada kamu.
  2. walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.. (bkn menganggu sehingga merobohkan hubungan orang lain)
  3. Org yg mencintai kamu selalu menerima kamu adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik
  4. Org yg mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa sahaja yang kamu lalui sepanjang hari, dia ingin tahu kegiatan kamu.. 
  5. Org yg mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti "selamat pagi", "selamat malam" "take care" dan lain2, walaupun kamu tidak membalasnya, krn dgn kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku cinta padamu" tapi berselindung dari ayat kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
  16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
  23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

dicopy paste dari............................................

Jumaat, 29 Julai 2011

Harimau Malaya tewas ke Piala Dunia 2014..

 
Perlawanan di antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil, mendapat smbutan ramai setelah tiket habis dijual dalam masa dua hari sahaja.. Pastinya penyokong HARIMAU MALAYA bersemangat untuk melihat sendiri jalan permainan dan memberi sokongan kepada pemain.. 

Perlawanan sebelum ini yang telah berlangsung di Singapura telah menyaksikan kekalahan HARIMAU MALAYA dengan Malaysia (3) - Singapura (5).. Namun semangat juang pemain harus diberi perhatian. Ketiadaan Safiq Rahim sebagai Kapten Pasukan juga sebagai gandingannya bersama Safee Sali, mungkin mengubah corak permainan.

Walaubagaimanapun, perlawanan pada malam semalam menyaksikan betapa sukarnya Malaysia untuk mendapatkan rembatan. Peluang yang ada, digunakan sebaiknya oleh Safee Sali untuk menjaringkan gol sulung pada hari ini.. Keeper yang dipilih untuk menjaga gawang Malaysia juga sangat terbaik, kerana mampu menghalang pelbagai cubaan Singapura untuk menjaringkan gol.. Tahniah buat Khairul Fahmi..
Perlawanan berakhir dengan jaringan (1)-(1).. dan ini telah melayakkan Singapura ke pusingan seterusnya.. Tahniah buat pelakon-pelakon terhebat.. Kepada HARIMAU MALAYA.. Anda kalah..tapi kalah anda bermaruah.. Permainan yang tidak ada unsur lakonan atau sesuatu yang dinamakan tidak adil.. TAHNIAH MALAYSIA.. Walaupun gagal ke pusingan seterusnya, tapi anda sudah cukup menjadi pasukan terbaik buat kami.. 

Tahniah terutama kepada penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat, kerana anda adalah pemain terbaik pada perlawanan ini.. Juga tahniah kepada Safee Sali yang berusaha gigih dan Kunalan yang sangat pantas berlari tidak kira ke mana pun untuk mendapatkan bola..  Kesungguhan semua sudah cukup untuk kami. Penyokong yang sejati tidak akan sesekali menyalahkan anda atas kekalahan ini. Malah sokongan tetap diberikan untuk menyuntik kembali semangat kalian. Insya Allah, jika ada rezeki, anda akan pergi lebih jauh. Kekalahan ini bukan bererti HARIMAU MALAYA akan undur, tetapi akan lebih menunjukkan taringnya di perlawanan lain.. Teruskan semangat anda..

Dari hati, amat sedih melihat muka-muka pemain Malaysia, terutama Safee Sali.. Seandai ada Safiq Rahim dan Aidil, mungkin anda bertiga mampu mengegarkan stadium semalam..Ini mungkin bukan rezeki kita.. Ini mungkin suatu yang telah tertulis.. Kekalahan tidak bererti jatuh, malah kekalahan lah yang akan membangkitkan lagi semangat juang..

u'r the best..

keeper tbaek d ASIA..


anda sgt gigih mgejar bola..
tbaek...

this song for all 'HARIMAU MALAYA'


We are the champions - my friends
And we’ll keep on fighting - till the end -
We are the champions -
We are the champions
No time for losers
’cause we are the champions - of the world -

Khamis, 28 Julai 2011

MASALAH BAWAH LENGAN BERUBAH WARNA???

Masalah bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh yang berlebihan serta berbau merupakan antara masalah yang sering diperkatakan. Masalah bahagian bawah lengan berubah warna hitam mungkin satu jarang yang diperkatakan walaupun ia sebenarnya banyak dihadapi oleh gadis-gadis di luar sana. Selain mengundang rasa tidak selesa, masalah ini juga sedikit sebanyak mengganggu penampilan. 

JOM TENGOK PUNCA MASALAH INI..

  •      Secara fizikal, kulit di bawah lengan memiliki pigmen yang berbeza dari kulit di sekitarnya. Inilah yang menyebabkan ia boleh jadi lebih gelap. 
  •       Ketidakseimbangan hormone juga merupakan salah satu penyebab daerah bahagian bawah lengan hitam
  •       Selain factor genetic, kulit bahagian bawah lengan juga boleh berubah warna kerana reaksi zat merkuri yang terkandung pada deodorant jenis “roll-on”
  •       Deodorant yang mengandungi alcohol juga boleh menyebabkan alahan sehingga terjadi hiper pigmentasi yang boleh mengakibatkan bahagian bawah lengan berubah gelap. Oleh kerana itu, kamu haruslah lebih selektif memilih deodorant
  •       Sekiranya kamu termasuk dalm golongan yang suka mencukur bulu bawah lengan dan mencabutnya, kemungkinan boleh menyebabkan alahan pada kulit serta permukaan kulit bawah lengan menipis. Ini kerana adanya rangsangan alahan setiap hari, kulit bahagian bawah lengan secara cepat menimbulkan penebalan kulit di kawasan tersebut. Akibatnya kulit bahagian bawah lengan menjadi hitam berbanding kawasan sekitarnya.
  •       Selain itu, pemakaian deodorant atau bedak khusus bahagian bawah lengan juga boleh menimbulkan perubahan warna. Hal seperti ini penyebabnya bukan deodorant atau bedak khusus tetapi baki-baki yang tertinggal kemudian bertukar menjadi bacteria yang membawa kepada perubahan warna di bahagian bawah lengan.

Rabu, 27 Julai 2011

Amalan di bulan Ramadhan..

Ramadhan merupakan waktu yang amat ditunggu-tunggu oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Kedatangan Ramadhan membuatkan mereka ceria dan sangat sibuk dengan amal ibadah. 

Bagi memuliakan dan menghormati Ramadhan, amalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat harus dicontohi. Ramadhan dengan amalan-amalan yang disukai lagi diredhai-Nya.



Amalan-amalan yang perlu diutamakan di sepanjang bulan Ramadhan :-
  1. Berpuasa dengan ikhlas, hanya inginkan keredhaan Allah S.W.T.
  2. Jauhi sama sekali dari percubaan merosakkan puasa dengan berbuka tanpa keuzuran kerana amalan itu termasuk antara dosa besar. 
  3. Usaha seberapa boleh untuk hidupkan malam-malam Ramadhan dengan ibadah seperti solat sunat tarawih dan tahajud terutama pada malam Lailatul Qadar.
  4. Pastikan sumber makanan dan minuman di sepanjang bulan ini jauh dari sumber haram atau yang meragukan supaya puasa dan doa dimakbulkan.
  5. Berusaha untuk berbuka puasa secara beramai-ramai kerana pahalanya lebih besar dari berbuka sendirian.
  6. Sentiasa lakukan solat lima waktu secara berjemaah.
  7. Banyakkan bersedekah kerana sedekah pada bulan ini lebih afdal berbanding bulan-bulan yang lain. 
  8. Awasilah diri kita dari menghabiskan waktu tanpa faedah kerana Ramadhan merupakan bulan ibadah.
  9. Jika berupaya, kerjakan umrah kerana umrah pada bulan Ramadhan bersamaan dengan sekali ibadah haji.
  10. Laksanakan ibadah puasa dengan bersahur pada akhir malamnya kerana sahur sunnah Rasulullah SAW
  11. Segera berbuka setelah masuk waktunya.
  12. Sempurnakanlah mandi wajib sebelum naik fajar, supaya dapat meneruskan ibadah puasa dalam keadaan bersih dan suci dari hadas besar.
  13. Banyakkan zikir terutama membaca al-Quran yang merupakan sebaik-baik cara zikir.
  14. Pelihara lidah dari berdusta, mengumpat, maki hamun dan sebagainya kerana amalan-amalan ini pada bulan Ramadhan lebih besar dosanya.
  15. Segala gerak geri dan tindakan kita hendaklah tenang, tidak mudah beremosi dan tidak terkeluar dari batas-batas kesederhanaan. 
  16. Pastikan kita dalam bulan Ramadhan ini tidak melakukan sesuatu yang dilarang Allah dan mentaati segala suruhan-Nya.
  17. Banyakkan zikir dan istighfar dan memohon rahmat daripada-Nya  terutama ketika berbuka dan bersahur.
  18. Banyakkan doa untuk diri sendiri, ibu bapa, anak-anak dan seluruh umat Islam supaya sama-sama dikurniakan kesejahteraannya.
  19. Bertaubat kepada Allah dengan taubat yang bersungguh-sungguh, dengan meninggalkan maksiat, menyesali segala dosa-dosa yang lalu dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
  20. Setelah selesai puasa Ramadhan, teruskan berpuasa enam hari pada bulan syawal kerana ganjarannya seumpama berpuasa sepanjang tahun.
Islam mengatur cara hidup khusus untuk bulan Ramadhan. Cara hidup ini harus dijadikan ikutan agar matlamat takwa akan tercapai, Insya Allah.

PENYAKIT KELAMIN... WATCH OUT GIRL!!!!!

Usia yang muda bkn bmakna kamu sudah blh rasa diri sntiasa selamat dari penyakit-penyakit kelamin. Ada kalanya penyakit tidak mengenal usia dan seharusnya sewaktu usia muda inilah kamu harus mula menjaga agar terhindar dari sebarang penyakit kerana menghindar penyakit adalah lebuh baik daripada merawatnya.
Berikut adalah antara penyakit kelamin yang perlu kamu tahu. JOM SEMAK!!!

CHLAMYDIA
Penyakit ini disebabkan oleh bacteria yang boleh menyerang serviks dan vargina. Menyebabkan rasa panas atau seperti terbakar. Sekiranya agak parah, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Penyakit ini banyak menyerang remaja.
GEJALA :- Rasa sakit ketika membuang air kecil dan vagina mengeluarkan cairan yang tidak normal, kadangkala mengalami sakit perut, sakit bahagian belakang, pening kepala dan demam.

GENITALWARTS / HUMAN PAPILLOMAVIRUS (HPV)
Bila warts atau ruam tumbuh di daerah kemaluan sekiranya didiamkan boleh menyerang daerah serviks, vulva dan sekitar vagina. HPV boleh berjangkit bila berhubungan seksual, oral seks dan paling mudah untuk berjangkit. Penyakit ini mudah disembuhkan tetapi mudah juga untuk datang kembali.
GEJALA :- Tumbuh seperti ruam kemerah-merahan di daerah kemaluan.

HEPATITIS B
Penyakit yang berpunca dari virus ini boleh mempengaruhi masalah pada hati. Virus ini juga boleh disebarkan melalui air liur, air mata, hubungan seksual dan pemindahan darah. Oleh itu, hati-hati jangan berkongsi memakai alat cukur, berus gigi dan jarum suntik.
GEJALA :- Ciri-cirinya kekurangan tenaga, hilang nafsu makan, mual, muntah, kulit dan mata menguning serta air kecing berwarna gelap.

MOLLUSCUM CONTAGIOSUM
Sejenis jangkitan kulit yang ringan. Penyakit ini sering berlaku akibat hubungan seksual. Menyerang bahagian kemaluan, perut bahagian bawah, punggung dan paha sebelah dalam. Dalam beberapa kes ia juga menyerang bibir dan mulut. Waktu terkena jangkitan seminggu hingga 6 bulan.
GEJALA :- Gatal-gatal dan bahagian yang gatal akan berbentuk seperti bulatan dan warnanya keputihan. Ada juga yang gatal teramat sangat hingga mengganggu aktiviti kamu.

TRICHOMONIASIS
Penyakit yang disebarkan akibat hubungan seksual. Disebabkan oleh parasit atau trichomoniasis vaginalis. Jika lelaki, ia akan menyerang kemaluan dan uretra. Manakala perempuan, ia akan menyerang kemaluan terutama vagina. Penderitaan trichnomoniasis sangat berisiko terkena HIV juga.
GEJALA :- Vagina mengeluarkan baud an cairan berwarna kelabu atau kekuningan yang tidak normal, gatal dan saat buang air kecil terasa terbakar.

GENITAL HERPES
Penyakit menular ini disebabkan oleh virus. Penularan terjadi akibat hubungan seksual dan oral seks. Menyerang bahagian kemaluan.
GEJALA :- Jangkitan dan gatal di kulit disertai melecet yang berair.

GONORRHOEA @ SIFLIS
Penyakit ini disebabkan oleh bacteria yang menular dari hubungan seksual. Bakteria yang menyerang serviks, uterus, rectum, vagina dan kerongkong.
GEJALA :- Sakit di bahagian vagina ketika buang air kecil terasa terbakar, kejang dan pendarahan. Ada sesetengah kes yang serius terjadi pembengkakan.

TAHUKAH KAMU!!!!
“Panty Liner” dipakai supaya seluar dalam tidak kotor kerana cairan keputihan. Namun ia tidak semestinya wajib dipakai. Namun andai kamu ingin memakia “panty liner”, sebaiknya pilih yg “breathable” ataupun permukaannya berpori, “non perfume” serta harus ditukar 3 jam sekali.

Sumber: REMAJA

Selasa, 26 Julai 2011

Sebelum Ramadhan

Mohon Maaf Sempena Ramadhan Al-mubarak.
Saya memohon maaf jika ada terkasar bahasa & kelakuan.
Salam. Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal yg berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang2 sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah & para sahabat dan dilakukan pada hari Jumaat.
Sahabat semua. Bersempena akan tibanya bulan Ramadhan yg tidak lama lagi. Saya terlebih dulu memohon maaf jika saya ada berbuat sebarang kesalahan. baik yg tidak disengaja mahu pun yg di sengajakan sepanjang perkenalan kita. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn khusyuk. diberkati & dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah....
Saya juga memohon dihalalkan semuanya yang pernah diberikan kepada saya esp emel2.
Sekian, terima kasih.

10 CARA MELUPAKAN DIRINYA

1- ANGGAP DIA TIDAK PERNAH WUJUD
perkara ptama yg harus dilakukn adlh b'henti b'lakon bhwa die msih lg milik anda. mereka biasanye bkn seorg yg smpurna dan xmustahil jika kena pd pjuk rayunya, maka hubungan anda akan kembali t'jalin kembali sdgkn hati sakit mgenangkan setiap pbuatannya. Anggap sajalah die xwujud dlm hidup anda.

2- TUTUP BUKU
Tutup serapat2nye setiap yg pnah anda dan dia lakukan jika anda betul2 mahu putus hubungan dengannye. Anda harus ingat, anda mahu menamatkan semuanya. Jangan sesekali b'temu dengannya bila hbungan anda telah putus.

3- JANGAN HUBUNGINYA LAGI
Ambil perkara ini sbgai sesuatu yg serius. Jangan hubunginya lg jika mmg anda ingin tamatkan hubungan dgnnya. Mmg agak sukar melupakan sesorang yg pnah kte syangi dan cintai, namun ia bkn mengambil mase yg sgt lame untk anda melupakannye. Buang semua no teponnya (mslhnye ade dlm otak), jgn sesekali SMS atau btanye pd kwn2 yg mengenalinya (jgn jd stalker fbook kwn2 die). Biarkn masa b'lalu mgikut takdir.

4- SIBUKKAN DIRI
Tanpa teman istimewa, anda mngkin byk masa dgn diri sndiri. Anda blh sibukkn diri dgn pg gimnasium or b'joging. Bkn saje baik utk tubuh badan malah dgn kesibukkn ini dpt melupakn die dgn lbh cepat.

5- LUPAKAN SEMUANYA
Bunyinya spt agak  keras dan menakutkan, namun anda perlu mempunyai hati kering utk melakukannye. Membuang semua memori sbnrnye agak sukar krn ia b'kait rapat dgn hati dan perasaan, namun tanyalah pada diri sndiri, smpai bile anda harus b'keadaan begitu. Mgapa anda harus mnderita kerananye. belajarlah mjadi org yg kuat. bkn pd tubuh badan tetapi pd hati.

6- JAUHI KAWAN_KAWANNYA
Jika anda serius mahu melupakannya, anda perlukan perngorbanan. Mungkin agak sukar tetapi ia sgt bai utk diri anda sndiri. Antara yg anda harus lakukan  ialah jauhi kawan2nye. Jangan sesekali btanye lg khabar ttg dirinye krn anda akan mahu tahu byk perkara. Anda juga perlu jauhi tempat2 yg biasa anda pg bsamanye.

7- JANGAN AMBIL BARANG2
Apabila anda sudah maju ke hadapan, jgn sesekali b'patah balik atau menoleh ke belakang lg. Apabila anda mula menoleh, anda akan mengingati lg kenangan b'samanya. Apa saja barangan yg pnah anda berikan kpdnya, jgn sesekali ambil krana ia akan mengingatkan anda kpdnye.

8- KELUAR BERSAMA KAWAN2
Kenangan sering kali mbuatkn kte t'buai2 dgn perasaan. Apabila kenangan dtg mjelma, sudah tentu kite tdak akan berasa sgt kuat utk mhadapinya. Justeru itu, keluarlah b'sama kawan2 anda. Habiskan byk masa b'sama mereka. Ia satu terapi yg plg baik utk anda melupakan dirinya.

9- PERGI BERSUKAN 
b'sukan mampu mbuatkn tubuh badan lbh sihat selain akan membuatkan seseorang berasa kelelahan. Jadi pergilah keluar b'sukan krn anda akan mudah t'tidur pd malam harinya dan anda tidak pnye masa b'angan lg ttg bekas kekasih.

10- SELALULAH INGAT PERKARA BURUK TENTANGNYA
Cinta itu indah jika anda selalu mgenang kemanisannye. Namun, kalau hati sudah sakit, semuanya jadi benci. Satu perkara yg harus anda lakukan ialah mengingati sesuatu yg buruk pnah t'jadi antara anda dan dirinya. Anggap saja ia perkara menyakitkan hati dan mbuatkn anda benci. Jangan sesekali mgenang kemanisan, nanti anda juga yg sakit menanggung rindu....

ttttssssssskkkkkkkk....

CANTIK MEMPESONA. ^^

bahan-bahan semulajadi spt sayuran, buah-buahan dan sbgnya bkn sahaja dijadikan makanan utk kesihatan, malah turut b'fungsi sbg bahan asas utk m'cipta ramuan kecantikan. Menggunakan bahan semulajadi untuk kecantikan adalah lebih baik daripada menggunakan produk kecantikan yang tidak diketahui bahan asasnya. jadi, ikuti beberapa petua kecantikan daripada sayuran, kekacang, buah-buahan dan bahan semulajadi sbg asas kecantikan kulit wajah.

Hilangkan kemerahan dengan masker timun

Legakan kerengsaan pada kulit wajah akibat daripada tekanan, jerawat dan sebagainya dengan hanya menggunakan timun dan buah kranberi yang bertindak menurunkan keradangan.
  • Sagat sebiji timun dan campurkan dengan susu besar yogurt serta satu sudu besar buah kranberi yang siap dilecek.
  • Campurkan semua bahan tadi agar menjadi satu adunan
  • Sapukan bahan2 td menjadi masker pada wajah, leher, dan dada yang kemerahan.
  • Biarkan lima minit hingga 20 minit dan bilas hingga bersih
Putihkan wajah dengan betik

Jadikan kulit wajah kamu lebih bercahaya dengan bahan-bahan semula jadi daripada pisang, betik, dan air kelapa.

  • Campurkan tiga sudu besar betik yang telah dilecek dengan dua sudu besar pisang lecek, dua sudu besar susu segar, satu sudu besar air kelapa, dan satu sudu besar yogurt.
  • Gaul ke semua campuran tadi sehingga ia sebati dan kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam.
  • Sapukan masker tadi pada wajah yang bersih
  • Biarkan sehingga lima minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.
Hentikan kulit wajah rosak dengan rawatan buah labu

Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yang bertindak membuang sel kulit mati dalam masa yang sama. Sementara itu, madu pula memberikan klembapan pada wajah anda.
  • Campurkan satu sudu besar puri labu dengan satu sudu besar madu, satu sudu besar cuka epal, satu sudu besar tepung ubi dan sebiji telur.
  • Gunakan garpu dan pukul bahan sehingga sebati dan gebu.
  • Sapukan campuran secara lapisan nipis pada wajah yang bersih dan kering (kecuali mata). Biarkan sehingga 20 minit.
  • Bilas dengan air suam dan lap wajah hingga kering dengan cara tepukan menggunakan kain bersih.
Wajah cerah semula jadi dengan lobak merah

 Lobak merah menjadikan wajah kamu lebih berseri dan mulus, manakala kuning telur serta limau nipis pula menegangkan kulit.

  • Parut sebatang lobak merah sehingga halus. Ambil sebiji telur dan asingkan bahagian kuning sahaja. Kemudian, perah limau nipis dalam satu sudu kecil.
  • Campurkan ke semua bahan yang disediakan tadi sehingga sebati.
  • Sapukan pada wajah dan biarkan sehingga kering.
  • Akhir sekali, bilas wajah dengan air sejuk tanpa mencuci semula menggunakan sabun muka.
Asam jawa menghilangkan parut

Bagi yang inginkan tubuh badan yang langsing tanpa perlu senaman berat, asam jawa ada jawapannya.

  • Ambil segenggam asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Ramas sehingga menjadi pekat.
  • Sapukan secara lembut pada tempat berparut atau parut jerawat. Biarkan sehingga kering dan ulang setiap hari sehingga parut hilang.
Kulit wajah tegang dengan timun

Masalah serta aktiviti harian pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan kejelitaan kulit wajah. Timun bukan sahaja dapat memberi kesegaran pada wajah malah menegangkan.
  • Sagat timun terlebih dahulu, pastikan ia hancur dan lumat
  • Ambil tepung ubi kayu dan campur sedikit air, kemudian masukkan timun ke dalam bancuhan ubi kayu. Kacau sehingga rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
  • Sapu pada wajah dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air sejuk dan lihat hasilnya.
 Limau nipis mencerahkan kulit

Apabila menghadapi maslaah bau badan, limau nipis menjadi bahna untuk menghilangkannya.
  • Ambil sebiji limau nipis dan belah dua
  • kemudian, gosok pada wajah dan seluruh badan dengan lembut
  • lakukan setiap kali mandi dan akan menjadi cerah, licin dan harum

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya....
keasliannya terjamin...pastinya tidak membazirkan duit... (^_~)

Coretan..

Akan tiba saatnya dimana kamu akan berhenti mencintai seseorang, 
bkn krn org itu bhenti mcintai kamu,
ttpi krn kamu myedari org itu akn lbh bhgia apabila kamu melepasknnya..

Jika kita tdk berusaha utk melupakannya..
Sampai bila-bila dia akan segar dalam ingatan kita..

Rindulah aku pd seseorang yg benar-benar mhargai aku..
krn tdk mahu aku bazirkn rasa hatiku..
merindui orang yg mkhianati aku..
Sungguh aku rindukan kamu.. tapi kamu yang dulu..

Cintailah aku pd seseorang yg benar-benar memahami aku..
krn tdk mahu aku bazirkan jiwaku..
utk mcintai orang yg hanye bpura-pura..
Sungguh aku mcintai kamu.. Tapi kamu yg dulu..

Biar tenang jiwaku.. 
Biar sejuk hati sedingin angin lalu..
Biar aku begini..
Aku bukan siapa-siapa bagi kamu..
Merindui kamu satu kemestian tapi biarlah ku simpan..
Menyayangi dirimu telah terlanjur..
Namun biarlah menjadi satu rahsia..
Kerana aku dan kamu tidak mungkin bersatu..
Biarlah aku begini menanti berubahnya wahai detik hati..

Isnin, 25 Julai 2011

Sahabat.. Doa perpisahan


Buat semua insan yang bernama SAHABAT..
SAHABAT SEJATI..amat sukar dicari..
Terima Kasih menjadi sahabat yang sentiasa di sisi..
tidak kira ketika susah dan senang..
Sayang semuanya..

Cinta dan anugerah

Cinta itu satu anugerah dari Tuhan.. 
Anugerah yang paling agong adalah apabila kita mencintaiNya lebih dari segalanya..
Kerana Dialah Pencinta yang paling Agung.. 
Alangkah indahnya jika cintu yang bersemi di hati..
Alangkah nikmatnya jika kita sentiasa merinduiNya..

Ya Allah...
Dekatkanlah hati ini dengan cahaya hidayahMu..
agar aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatMu..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina..
Bantulah aku untuk melalui liku-liku kehidupan di muka bumi ini..
Berikanlah aku petunjuk yang terbaik..
Agar aku tidak tersalah langkah..

Cinta..
Itu adalah satu perasaan yang indah..
indahnya apabila mengikut segala syariatMu..
Namun..aku manusia biasa..
Yang mempunyai segala kekurangan..
Mungkin aku telah tergelincir dari landasan yang ditetapkan olehMu..

Jika itu berlaku..
Ampuni aku Ya Allah...
Berikan aku petunjuk..agar aku dapat meluruskan semula jalanku..
Agar aku dapat kembali ke pangkal jalan..
Agar aku dijauhi dari segala kemaksiatan dan kepincangan dunia..

Ya Allah..
Sesungguhnya hati manusia turut diisi dengan cinta manusia..
Setiap manusia telah diciptakan berpasangan olehMu..
Kau tunjukkanlah aku.. Berikanlah petunjukMu..
Siapa dia pemilik tulang rusukKu..

Ya Allah..
Kau jauhilah hati ini..
dari terus mencintai insan yang bukan hak ku..
Jauhilah hati ini..
Dari terus merindui insan yang tidak layak untuk dirindui..

Jika dia bukan jodohku..
Jauhilah dia dariku..
Jauhilah dia dari hatiku..
Jauhilah dia dari sentiasa mengangguku..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku yakin..
Dengan segala ketentuan yang telah diatur olehMu..
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya..




Isteri Solehah

1. Apabila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isterinya melayaninya dengan baik, maka isteri akan mendapat pahala jihad.


2. Seorang isteri yang tidak tidur lena kerana menjaga anak atau suaminya yang sedang sakit, maka dia akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

3. Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, Allah akan memandangnya dengan penuh rahmat.

4. Isteri yang menyapu lantai sambil berzikir dan bukan merungut, Allah akan memberi ganjaran pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

5. Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh akan mendapat tujuh ketul emas manakala jika disuruh, akan mendapat tujuh ketul perak.

6. Bagi isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, maka dia akan mendapat pahala seperti menunaikan solat selama 12 tahun.

7. Kemudian, bagi isteri yang menunaikan solat di awal waktu, menggantikan puasanya cepat, dan taat kepada suami, Allah akan mengizinkannya masuk ke syurga dengan pintu mana yang disukainya.

8. Apabila isteri menjemur baju, maka matahari akan mendoakan keampunannya.

9. Isteri yang taat akan memasuki syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya dan akan menjadi ketua bidadari.  

(semoga kita menjadi seorang isteri yang solehah suatu hari nanti..amin)

♥♥ hati pasangan perlu sentiasa dijaga.. ♥♥


(1) Mengambil Hati
     → Mengambil hati pasangan adalah perkara umum yang perlu ada. Dalam perhubungan ia melibatkan dua hati yang diikat menjadi satu. Kalau kamu berpasangan tetapi masing-masing tidak tahu menjaga hati masing-masing, retak menanti belah lah jawabnya. Jadi, masing-masing perlu bertolenrasi dalam perhubungan dan perlu saling 'give and take'. Layan si dia dengan baik, cakap elok-elok dan barulah si dia rasa senang dan seronok bila bersama kamu.

(2) Mendengar Masalah
     → Setiap pasangan bercinta pasti akan menghadapi masalah.Jika sudah berumah tangga, lain pula masalahnya. Jadi, apabila pasangan kamu bermasalah pasti si dia memerlukan seseorang untuk meluahkan isi yang terbuku dalam hati. Oleh itu, jadilah pendengarnya yang setia lagi memerlukan. Si dia pasti mengharapkan kamu yang boleh dijadikan tempat bercerita. Jangan terlalu sibuk dengan urusan lain sehingga tidak menghiraukan si dia. Cuba ajak si dia untuk cari jalan penyelesaian. Meskipun kamu tidak mampu untuk menolongnya, perhatian yang kamu berikan cukup memberikan makna pada dirinya. 

(3) Memberikan Bantuan
     → Apabila pasangan kamu mempunyai masalah yang memerlukan bantuan, contohnya si dia memerlukan wang untuk membeli sesuatu di waktu kesesakan, menghantarnya ke tempat kerja di saat keretanya rosak ataupun meminta pendapat tentang sesuatu perkara, kamu hulurkan sahaja bantuan tak kira walau dalam bentuk apa sekali pun. Hal ini menunjukkan bahawa kamu sentiasa berada di sampin dia tatkala si dia menghadapi masalah. Apabila kamu pula yang menghadapi masalah, pasti si dia ada di sisi memberikan pertolongan.

(4) Menghormati keputusan
     → Faktor ini juga penting kerana setiap keputusan yang dilakukan di antara kalian adalah keputusan yang terbaik. Jangan pula kamu mengingkari atau memaksa si dia untuk mengubah keputusannya kerana kamu tidak bersetuju. Cuba kamu menghormati segala keputusan yang telah diambil. Tambahan pula keputusan yang diambil adalah ke arah kebahagiaan bersama. Namun, jika keputusan negatif yang dicapai, kamu seorang yang paling rapat berhak untuk menasihatinya.

(5) Jangan Mengongkong
     → "ia adalah punca utama mengapa saya putus dengan kekasih. Dia terlalu mengongkong sehingga saya perlu melaporkan segala perkara. Kami baru saja berkawan dan berkasih dan belum menjadi suami isteri secara sahnya." Tidak kira siapa pun yang mengongkong, sama ada lelaki mahupun si gadis, kamu tidak berhak untuk menentukan apa yang perlu dilakukan setiap hari. Itu tak boleh, ini tak boleh, habis itu, apa yang boleh? Hal inilah menjadi masalah utama pada pasangan yang berkasih. Seperti mana dia menjalani kehidupan normalnya sebelum mengenali kamu, biarkan dia mengalami hidup yang sama setelah kamu berhubungan. Lagipun, si dia masih ada ibu bapa untuk menjaganya.

Ahad, 24 Julai 2011

Harimau Malaya

Malaysia  VS Singapore..

Malam tadi dapat dilihat perlawanan antara Malaysia dan Singapura.. Pembukaan jaringan gol oleh Malaysia sangat menaikkan semangat peminat-peminat Malaysia.. Namun, ianya diikuti oleh beberapa jaringan gol dari Singapura.. Semangat penonton agak menurun, namun dinaikkan kembali oleh dua lagi jaringan gol.. 

Safiq Rahim dikeluarkan dari perlawanan setelah menerima kad merah.. Ianya sangat mencemaskan.. Permainan semakin mendebarkan terutama setelah safee sali keluar dan ditukarkan dengan pemain lain.. 

Walau apa pun, permainan di Singapura telah berakhir dengan Singapura (5) dan Malaysia (3)..

Malaysia masih belum kalah.. perlawanan di Bukit Jalil pada 28hb ini akan menentukannya.. Semangat juang pemain masih ada, dan penyokong Malaysia masih setia memberikan semangat dan sokongan..

Ayuh Malaysia... berjuang sehingga ke akhirnya.. MALAYSIA PASTI BOLEH... Keyakinan itu perlu ada, tetapi jangan terlalu yakin sebelum kita betul-betul berjaya.. Doa dari penyokong sentiasa ada.. Semoga pemain-pemain handalan seperti Safee Sali dan Aidil akan pulih dari kecederaan.. Agar mereka mampu mencorakkan permainan yang lebih baik sekaligus memberi kejuaraan itu kepada Malaysia..


Teringat lagu ini..

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


 Kepada penyokong-penyokong Malaysia.. Jom like link di bawah.. sebagai tanda sokongan anda.. :)

http://www.facebook.com/#!/pages/Harimau-Malaya/126028064127885

Jumaat, 22 Julai 2011

Kelesuan Institusi Masjid.. Penjanaan Pengimarahan Masjid diperlukan..


Apa yang dapat dilihat di Negara kita kini, pembangunan Institusi Masjid semakin lemah dan lesu. Kebanyakkan masjid yang ada di Negara ini tidak menjalankan kefungsiannya dan tidak memainkan peranan seperti mana pada peringkat awal Islam. Masjid sekarang, tidak lagi berperanan untuk mempertingkatkan peradaban manusia. Oleh sebab itu, masjid sekarang kelihatan lesu dan tidak lagi meriah dengan pelbagai agenda dan program bina insan. 

Pada peringkat awal islam khusunya pada zaman pemerintahan Rasullullah S.A.W, institusi masjidnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti dan mempunyai pelbagai kefungsiannya yang tertentu. Pada zaman itu,  masjid merupakan sebuah institusi di mana setiap aktiviti umat Islam, baik yang berbentuk kemasyarakatan, pendidikan, iqtisad, siasah, riadah dan sebagainya dijalankan. Dengan kata lain, masjid pada zaman tersebut berfungsi sebagai pemangkin kepada aktiviti-aktiviti harian masyarakat.


Bagaimana pula institusi masjid pada masa kini? Institusi masjid pada masa kini hanya menjadi sebagai satu pusat untuk beribadat. Namun begitu, pengimarahan masjid tetap tidak berlaku. Masjid hanya dipenuhi oleh jemaah pada waktu-waktu tertentu sahaja. Misalnya pada bulan Ramadhan, solat jumaat, dan solat sunat hari raya. Di mana jemaah ini ketika waktu solat fardhu yang wajib iaitu solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak? Pada waktu-waktu sebegini, hanya ahli jawatankuasa masjid sahaja yang kelihatan. Namun begitu, ada juga masjid yang sunyi sepi, tanpa ada bilal untuk melaungkan azan, tanpa ada imam untuk mengimamkan makmumnya.

“Sembahyang seseorang itu paling utamanya ialah di rumah, tetapi bagi sembahyang fardhu, ia paling utama dilakukan di masjid (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Orang yang bersolat di masjid mendapat 27 kelebihan dari bersolat di rumah atau di kedai. Setiap langkah mereka ke masjid akan diberikan satu ganjaran dan dihapuskan satu dosa. Satu langkah menghapus kesalahan (dosa) dan yang satu langkah lagi dituliskan baginya satu kebaikan, baik ketika pergi atau ketika pulang (Hadith Riwayat Ibnu Hibban).”



Betapa gahnya masjid di Negara ini? Betapa mewahnya masjid yang dibina? Tetapi bagaimana pula dengan jemaahnya? Adakah sama gah barisan safnya? Adakah meriah masjid ini dikunjungi jemaah? Sayangnya, masjid seakan menjadi sebagai tanda kemewahan Negara tapi tiada fungsinya.

Bagaimana caranya untuk kita mengembalikan semula peranan institusi masjid seperti zaman Rasulullah S.A.W? Bagaimana kita atau yang bertanggungjawab misalnya Ahli Jawatankuasa Masjid untuk mengimarahkan semula masjid-masjid di kawasan mereka? Ahli Jawatankuasa Masjid perlu kreatif dalam memikirkan cara untuk menarik golongan kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan orang tua untuk sama-sama mengimarahkan masjid. Pelbagai cara boleh dilaksanakan, pelbagai kemudahan juga boleh disediakan.

Jika dilihat kembali kepada peranan masjid ketika pemerintahan Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja dijadikan sebagai pusat beribadat malah masjid juga berperanan sebagai pusat menyebarkan ilmu agama,  pusat kutipan dan agihan zakat kepada asnafnya dan sebagainya. Institusi masjid di Negara ini juga boleh dikembalikan sinarnya dengan menghidupkannya melalui pelbagai aktiviti dan carian ilmu. Masjid bukan sahaja untuk bersolat malah pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti kemasyarakatan, kebudayaan, kerohanian dan sebagainya boleh dilakukan. Dengan adanya aktiviti sebegini, masjid yang kelihatan lesu boleh dikembalikan sirnanya. Pihak jawatankuasa masjid juga boleh menggunakan wang tabung masjid untuk mengadakan pertandingan misalnya. Sebagai contoh, pertandingan azan dan bacaan al-Quran. Dengan cara ini, kita bukan sahaja dapat menghidupkan masjid, malah kita juga dapat melahirkan masyarakat yang cintakan masjid serta belia remaja yang mempunyai kebolehan dalam hafazan, sekaligus menghasilkan imam muda di kawasan tersebut.

Oleh itu, pelbagai pihak perlulah memegang tanggungjawab untuk menghidupkan kembali institusi masjid. Masjid yang dibina berpuluh-puluh ribu malah mungkin mencecah angkaan juta perlulah digunakan dengan sebaiknya. Jika tidak pembaziran itu pasti berlaku apabila ianya hanya dijadikan sebagai hiasan tanpa ada peranannya. Wujudkanlah rasa sayang dan cinta akan masjid agar sama-sama mendapat keberkatan dari-Nya.

Khamis, 21 Julai 2011

anak itu anugerah Tuhan..


ANAK BELAJAR DARI KEHIDUPANNYA

Jika anak dibesarkan dengan celaan, ia belajar memaki.
Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, ia belajar berkelahi.
Jika anak dibesarkan dengan ketakutan, ia belajar gelisah.
Jika anak dibesarkan dengan rasa hiba, ia belajar menyesali diri.

Jika anak dibesarkan dengan olok-olok, ia belajar rendah diri.
Jika anak dibesarkan dengan iri hati, ia belajar kedengkian.
Jika anak dibesarkan dengan dipermalukan, ia belajar merasa bersalah.
Jika anak dibesarkan dengan dorongan, ia belajar percaya diri.

Jika anak dibesarkan dengan toleransi, ia belajar menahan diri.
Jika anak dibesarkan dengan pujian, ia belajar menghargai.
Jika anak dibesarkan dengan dukungan, ia belajar mengenali tujuan.
Jika anak dibesarkan dengan penerimaan, ia belajar mencintai.

Jika anak dibesarkan dengan rasa berbagi, ia belajar kedermawanan.
Jika anak dibesarkan dengan kejujuran dan keterbukaan, ia belajar kebenaran dan keadilan.
Jika anak dibesarkan dengan rasa aman, ia belajar menaruh kepercayaan.
Jika anak dibesarkan dengan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan.

Sesungguhnya, anak kecil itu ibarat kain putih...
mereka dibentuk dan dicorakkan oleh kehidupan kecilnya..
yang bakal diterapkan oleh kedua ibu bapa mereka..
Jika baik didikannya, InsyaAllah...
baiklah anak itu...berakhlaklah anak itu...
Namun, jika mereka dididik dengan cara yang salah..
Salahlah perilakunya kelak...

Bentuklah anak-anak ini dengan didikan agama yang secukupnya..
agar kelak mereka menjadi insan yang berguna..
kepada diri mereka, kedua ibu bapa, agama dan masyarakat..

Semuanya bermula dari rumah..
bentuklah rumah anda sebagai Baiti Jannati..
Rumahku Syurgaku...


AWASI SIFAT MUNAFIK!!!!

Di antara sifat yang dibenci Allah SWT ialah sifat MUNAFIK. Menurut syarak munafik bermaksud seseorang yang melindungi kekufuran di dalam jiwanya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya dengan lisan dan perbuatan. Dia mengaku dan berikrar sebagai seorang Islam tetapi di dalam hatinya menolak kebenaran ajaran yang terkandung di dalam syariat Islam.


Orang Munafik ini tempatnya di neraka paling bawah sekali dan paling azab seksanya. Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 145 yang bermaksud:-

"Sesungguhnya orang munafik itu akan ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah sekali dalam neraka."

Antara sifat orang munafik ialah:-



  •  Imannya tidak teguh. Sikap dan pendiriannya sentiasa berubah mengikut keadaan dan suasana. Mengikut mana arah angin bertiup lebih kuat, maka akan ke situlah arahnya. Bagaikan lalang ditiup angin.
  • Perbuatannya sering diubah-ubah. Jika bersama orang alim, dia ikut beribadat walau di hatinya terasa berat. Sebaliknya dia meninggalkan segala amalan yang diperintahkan Allah tatkala tiada orang  tanpa perasaan takut atau malu kepada Allah.
  • Perkataannya sering berubah-ubah. Apabila bersama orang mukmin, kata-katanya manis tetapi apabila di belakang mereka berbagai keji dan umpat dilemparkannya.
  • Orang munafik juga resah gelisah dan tidak tenang ketika bersama orang mukmin kerana banyak perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsunya tidak dapat dilaksanakan kerana merasa malu atau segan dengan mereka.
  • Mereka mengharapkan segala amal baktinya mendapat balasan segera di dunia, seperti memberi derma beratus ribu ringgit dengan mengharapkan pangkat dan nama disebut dan dipuja-puja.
  • Hati, perasaan dan segala kelakuannya hanya ditumpukan kepada soal-soal keduniaan semta-mata, bagi mereka soal akhirat adalah khayalan dan dogengan sahaja.
Adakah sifat-sifat ini ada dalam diri kita???
Nauzubillahi minzalik.. minta dijauhkan darinya... AMIN...