Rabu, 31 Ogos 2011

Ramadhan pergi, datangnya syawal

Bulan Ramadhan yang mulia telah berakhir.. Mungkinkah kita akan bertemu Ramadhan itu lagi?? Hanya Tuhan yang tahu.. Panjang usia, bertemu lagi.. Semoga keberkatan bulan Ramadhan digunakan sebaiknya oleh kita..

Tibanya syawal.. Banyak nyawa yang terkorban.. Terkorban di jalan raya.. sedihnya.. pedihnya.. untuk mereka yang tersayang menghadapinya.. Semoga keluarga yang menghadapi kehilangan insan tersayang di bulan syawal ini, redha dan tabah menghadapinya.. Allah lebih menyayangi mereka...

Kepada yang masih bernafas.. Teruskanlah perjuangan kita.. Ramadhan telah pergi meninggalkan kita.. Janganlah kita turut meninggalkan amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan.. Setiap bulan amalan kebaikan itu perlu ada, bezanya, pahala itu lebih banyak di bulan Ramadhan...

Semoga kita diberi keberkatan olehNya...

Tidak lupa juga, untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA.. MAAF di atas segala salah silap saya dan tutur kata yang mungkin membuatkan ada hati-hati terluka...

 SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN.. pertahankanlah kemerdekaan yang telah tercapai... supaya negara kita tidak lagi tergadai pada tangan penjajah... :)

Khamis, 25 Ogos 2011

Pantang bagi wanita..

Kepada kaum lelaki.. korang kena tau apa yang perempuan tak suka..

(1) Menyebut2 tentang ex korang.
     - Dilarang sama sekali menyebut2 nama ex korang.. korang ingat, korang jerk ke ada ex.. perempuan tue pun ada ex juga.. tapi xperlu laa nak disebut2 kan?? macam mana perasaan korang, kalau dia sentiasa sebut nama ex dia depan korang.. terasa hati juga kan?

(2) Membandingkan awek korang dengan ex korang
     - Buruk baik awek korang, korang terima laa.. kalau dia salah pun, jangan smpai keluar perkataan yang akan dirasakan oleh mereka yang korang nie nak membandingkan diorang dengan ex korang.. Mungkin bagi korang, korang tak membandingkan.. tapi, pada tafsiran mereka? korang tak tahu kn? elakkan lah.. Bimbang satu hari nanti, dia naik meluat dengan korang dan timbul rasa benci dalam hati diorang pada korang dan ex korang tue..

(3) Terima teguran
      - Bila dia menegur salah silap korang, korang terimalah.. Bukan niat dia nak mengubah korang jadi orang lain.. tapi dia buat tue untuk kebaikan korang juga kan? Kalau korang boleh tegur dia, boleh nasihatkan dia.. kenapa dia tak boleh tegur korang kan? Tak kisahlah bagaimana pun sikap dia.. walaupun tak sealim ustazah.. tapi semua orang berhak untuk saling nasihat menasihati.. yea tak??

(4) Jangan sesekali sebut korang nak cari orang lain.
      - Bila korang marah atau apa.. elakkan dari menyebut korang nak cari orang lain.. jangan sesekali menyuruh dia pergi mencari orang lain.. Perempuan nie tak sama dengan lelaki.. apa yang korang kata, itulah yang dia fikir.. walaupun bagi korang, korang cuma main2.. korang tak benar-benar maksudkannya.. tapi perempuan akan fikir itu betul-betul korang maksudkan.. Jangan sampai diorang betul-betul angkat kaki.. jangan sampai diorang betul-betul pergi dari hidup korang.. Bila itu berlaku.. Mungkin korang tak kan diberi peluang lagi..

(5) No maki-maki
      - Marah tue tak salah.. tapi elakkan dari mengungkapkan kata-kata yang kasar, yang kesat.. Hati perempuan nie lembut.. Bila dah terguris, luka tue akan jadi makin dalam.. Mungkin benar, dia kata die memaafkan.. dan sememangnya dia memaafkan.. tapi hati dia, mungkin masih tersimpan semua kata-kata tue.. dan bila itu terulang lagi, sama seperti korang mendalamkan lagi luka di hati yang sedia ada..
(6) Jangan perkecilkan apa yang dia buat.
      -Perempuan mudah nak memberi hadiah atau cenderahati pada si kekasih.. Walaupun ianya mungkin tidak semahal yang korang bagi pada dia.. tapi terimalah pemberian dia.. jangan perkecilkan.. jangan sebut perkataan membazir atau apa.. apa salahnya korang cakap terima kasih.. Dia bagi korang, maknanya dia ikhlas memberi.. Hargailah pemberian dia..

(7) Jangan memisahkan dia dari kawan-kawan dia.
      - Hidup tanpa kawan.. kaum lelaki mungkin boleh hidup tanpa kawan.. Tapi perempuan?? ketika sedih dia, duka dia.. kawan adalah segala-galanya.. Hanya kawan yang sejati akan sentiasa ada disisi.. Korang mungkin rasa, apa gunanya ada korang.. kalau asyik nak cari kawan.. Tapi korang pernah fikir tak? bagaimana dia bila korang gaduh gan dia, bila korang tinggalkan dia? Korang dah pisahkan dia dengan kawan-kawan dia.. Jadi dengan siapa diorang nak kongsi segala kesedihan dia.. Bimbang jadi perkara-perkara yang tidak diingini...

(8) Jangan terlalu cemburu
      - Cemburu tue tandanya sayang.. tapi kalau cemburu yang berlebihan bimbang jadi cemburu buta.. Dengan kawan nak cemburu, dengan saudara nak cemburu.. Pendek kata, dengan semua lelaki kat muka bumi nie korang nak cemburukan? Yakinlah pada kekasih korang tue.. kalau dia memang sayang kan korang.. berkawan lah dengan siapa pun, hati dia tetap korang..

Harap-harap kaum lelaki kat luar sana, jangan terlalu ikut nafsu, amarah.. Gunalah akal.. Jangan sampai merosak jiwa. Hubungan yang berlandaskan syariat, akan pasti bahagia.. (mcm xde kne mgena lak..hehe)

Rabu, 24 Ogos 2011

:||bawa aku ke pintu taubatMu||:

Berikan aku jalan.. Berikan aku petunjuk...
Walau sebesar zarah sekalipun dosaku.. aku tetap berdosa kepadaMu Ya Rabbi..
Bawalah aku ke pintu taubatMu..
Bukakanlah pintu taubatMu untukku Ya Allah...

Kuatkan lah hatiku.. 
Kuatkan lah langkahku..
Dalam menuju keredhaanMu Ya Allah...

Berikanlah aku ruang..
Berikanlah aku peluang..
Agar aku mampu menjadi muslimah yang sejati..

Berikanlah keampunanMu Ya Allah..
Sesungguhnya aku menyesal dengan segala yang terjadi..
Sesungguhnya aku menyesal dengan perkara-perkara yang merosakkan..

Subhanallah...
terlalu besar nikmatMu buat hamba-hambaMu..
Namun aku terleka dengan duniaMu..
Aku lalai dengan segala perintahMu Ya Allah..
Sehingga aku terlupa untuk mengucapkan Syukur padaMu..
Yang memberi seribu nikmatMu...
Dengan kasih sayangMu kepada hambaMu...

Astafirullahalazim...
Aku hambaMu yang lalai..
Aku hambaMu yang mudah lupa dengan janji terhadapMu..
Terimalah keampunan hambaMu ini Ya Allah..
Terimalah taubat hambaMu Ya Allah...

Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Allah S.W.T.. dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruhmu...




♥♥di tinggalkan!!! Mana silapnya???♥♥

Pasti kamu tertanya-tanya di mana silapnya dan apa yang membuatkan si dia begitu mudah menyingkirkan kamu..

1- Kamu boleh dikategorikan dalam:-
    (a) Manja
    (b) Pemalu tetapi setia dengan cinta
    (c) Peramah dan berterus terang

2- Dalam memilih pasangan kamu...
    (a) Amat cerewet dan paling penting pasanganmu haruslah berpendidikan tinggi, ada rupa, bergaya dan boleh menyenangkan hidupmu
    (b) Tidak kisah siapa dan bagaimanapun rupanya, apa yang lebih utama bagimu ialah si dia kaya dengan kasih sayang
    (c) Si dia bukan sahaja boleh menjaga dan menyayangimu, tetapi menjaga dan menyayangi keluargamu

3- Prinsip kamu dalam bercinta ialah:
    (a) Tidak akan sama sekali merana kerana cinta
    (b) Memberikan kasih sayang sepenuhnya dan berkorban apa sahaja demi insan tersayang
    (c) Sanggup berkongsi dengan yang tercinta

4- Setiap kali keluar dengan si dia, biasanya siapakah yang menentukan ke mana kamu berdua akan pergi?
    (a) Dua-dua
    (b) Si dia 
    (c) Kamu

5- Apabila si dia dalam kesusahan dan kesedihan. Reaksimu biasanya....
    (a) Kamu sentiasa beri sokongan kepadanya
    (b) Cuba membantunya sedaya upaya yang termampu
    (c) Kamu cuba untuk menghiburkannya supaya dia lupa pada masalah yang ditanggungnya

6- Apabila ada orang yang cuba mengganggu perhubungan kamu. Reaksimu..
    (a) Cemburu dan salahkan si dia kerana tidak lakukan apa-apa
    (b) Cuba sedaya upaya menghalang orang ketiga dari menganggu perhubungan kamu dan si dia
    (c) Tidak kisah kerana yakin kamu lebih baik dari orang ketiga tersebut

7- Setiap kali bertengkar siapa yang terlebih dahulu akan mengalah
    (a) Tentulah si dia..mana boleh kamu yang mengalah
    (b) Kebiasanya kamulah.. semua insan yang kamu kenal kebanyakannya hati batu, susah untuk mengalah
    (c) Tengok pada keadaan, kalau kamu yang salah kamulah yang mengalah, tetapi kalau si dia yang salah tentulah dia yang mengalah.

8- Suatu hari ketika pergi shopping bersama, si dia menunjukkan barangan yang paling diidamkan padamu. Reaksimu?
    (a) Buat tidak faham dan berlalu pergi
    (b) Terus mengambil dan membayarnya walaupun sebenarnya kamu sendiri mempunyai masalah kewangan. Namun demi sayang sanggup korbankan semua wang simpanan kamu.
    (c) Kamu tidak membelinya pada waktu itu. tetapi sebaliknya menunggu hari ulang tahunnya ataupun hari istimewa kamu berdua dan hadiahkan barangan idamannya

9- Apa yang kamu sering lakukan setiap kali putus cinta?
    (a) Cepat-cepat mencari pengganti supaya kamu dapat terus melupakan si dia
    (b) Bersendiri dan menangis sepuas-puasnya
    (c) Cuba hiburkan hati dengan meluangkan masa dengan kawan-kawan

10- Kenangan yang paling manis dalam hidup sewaktu bercinta ialah...
    (a) Ketika bercuti bersama si dia di Pulau yang indah
    (b) Belum ada lagi saat yang paling manis tetapi banyak kenangan pahit
    (c) Makan malam bersama dengan suasana yang penuh romantik


Jom kita semak apa jawapan anda :-

Sekiranya banyak A

Tidak jujur dan menunjuk-nunjuk
        Kamu bercinta bukan atas dasar cinta ataupun sayang, tetapi kerana kamu lebih kepada mahu mengisi masa sunyi kamu sahaja. Kamu tidak pernah mengambil berat tentang si dia, sebaliknya kamu amat mementingkan diri sendiri. Sebagai kekasih kamu juga tidak pernah katakak kepada si dia betapa dalamnya cintaimu kepada si dia dan tidak pernah membuktikan apa-apa menunjukkan kamu benar-benar memerlukan si dia dalam hidupmu. Memang benar, kamu baik dan tidak pernah lokek memberikan dia hadiah sebagai tanda ingatan, namun semua itu kamu lakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk dan bukannya benar-benar tulus ikhlas dari hati kamu sendiri. Kamu harus segera berubah. Jangan berpasangan hanya untuk mengisi kesunyian sebaliknya carilah pasangan untuk kamu berkongsi suka dan duka.


Sekiranya jawapan banyak B

Terlalu banyak memberi
      Kamu terlalu kaya dengan kasih sayang sehinggakan kamu terlalu banyak memberi dari menerima. Seperti tanaman, andai terlebih baja ianya akan mati, begitulah dengan cinta. Apabila si dia merasakan kamu terlalu menyayanginya sehingga sanggup lakukan apa sahaja, si dia akan sentiasa rasa selamat. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak perlu bersusah payah untuk kamu kerana si dia tahu tanpa berbuat apa-apa pun kamu sudah cukup menyayanginya. Harus diingat saling berkorban, sanggup berkongsi suka dan duka itulah yang menjadi penguat cinta. Kalau tidak ada perasaan tersebut tidak mustahil perhubungan yang dibina akan berkubur begitu sahaja. Jangan harapkan orang menghargai kamu sedangkan kamu sendiri tidak pernah menghargai diri sendiri.


Sekiranya jawapan banyak C

Tidak pandai menyesuaikan diri
     Kamu begitu sempurna dan mungkin kerana itulah perhubungan cinta kamu tidak pernah bertahan lama. Kamu memilih orang yang tidak padan dengan cara hidup kamu, cara kamu berfikir dan cara kamu berpakaian. Bagi kamu sesiapapun dan tidak kiralah bagaimanapun dia, asalkan dia menyayangi kamu tidak ada salahnya kamu menerimanya sebagai kekasih. Mungkin baik sikap kamu yang tidak memandang rendah pada orang lain ini, namun kamu harus ingat juga bukan semua orang boleh menerimanya. Misalnya setiap kali keluar kamu mengajaknya ke tempat-tempat mahal. Walaupun kamu yang mengeluarkan wang, tetapi kalau selalu sangat si dia pun akan rasa malu juga. Namun untuk belanja kamu, si dia tidak mampu. Jadi sebaiknya kamu perlu cuba untuk menyesuaikan diri andai mahu berkawan dengan orang-orang yang lebih rendah pendapatannya daripada kamu, Bak kata pepatah andai "kamu masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kalau masuk kandang lembu menguak".

Selasa, 23 Ogos 2011

pintu taubat


tersadar ku dari khilafku
bersujud memohon ampunan
atas segala dosa-dosaku
yang telah gelapkan hatiku

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu
dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku mengesa
Astaghfirullohu Kalla
pintu taubatmu

ntah kapan ajal menjemputku
mungkin esok hanya kau yang tahu
mungkin usiaku tak cukup lagi
untuk hapus segala dosaku

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu
dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku mengesa
Astaghfirullohu Kalla
Pintu taubatmu

Aku hina dan tak pantas memohon ampunan
tapi hanya engkau tempat ku untuk meminta
ooo..oooooo........

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu
dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku mengesa
Astafgfirullohu Kalla
Pintu taubatmu


Jumaat, 12 Ogos 2011

pantang wanita kalau lelaki begini...



Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya.

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu, buat kopi,'angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti boleh tolong buatkan kopiâ dan tolong buka pintu tu

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata gurau pun tak boleh

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka syok sendiri membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.

Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang dekat terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.

Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!

Ahad, 7 Ogos 2011

Lelaki suka dan tak suka.. :)


Lelaki suka:
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal

Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

Sabtu, 6 Ogos 2011

manusia vs malaikat vs syaitan

Muhasabah Diri Kejap.... :D , CURI MASA SAT 3MINIT... KALO TERLEBEY, IM SORRY :)

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
...
Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....


Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je.

Jumaat, 5 Ogos 2011

▒▌♥♥kata cinta♥♥▐▒

Cinta bukan mimpi, tapi harapan..
bukan apa yang didapat, tapi apa yang diberikan..
bukan apa yang dilihat, tapi apa yang dirasakan..
terasa dekat walaupun jauh..
cinta bukanlah lembaran puisi, tapi kata hati.. :)

▒▌♥♥kata cinta♥♥▐▒

 semenjak kau hadir dalam hidupku..
tiada lagi keresahan..
kau mengetuk pintu hatiku..
tanpa sedari hingga aku mengizinkan..
kau yang bernama cinta..
kau yang memberi rasa..
kau yang ilhamkan bahagia..
hingga aku terasa indahnya cinta..

Maaf jika aku tidak sempurna..
tika bahagia mula menjelma..
bila keyakinan datang merasa..
kasih disalut dengan kejujuran..
mencintai dirimu..
merindui dirimu..
mengasihi dirimu..
hingga akhir hayat bersama kamu..

▒▌♥♥kata cinta♥♥▐▒
Cinta..
begitu indah dilihat, dikecapi dan dihayati
bersama mereka yang sedang bercinta...
Namun..
cinta juga mampu menjadikan luka yang amat dalam,
seandainya mereka tidak mampu menghayati erti sebenar CINTA..

▒▌♥♥kata cinta♥♥▐▒

Bila kau dicintai..
Maka setialah kau mencintai insan itu..

Bila kau disayangi..
maka ikhlaslah kau menyayanginya..

Dan bila kau dipercayai..
Maka jujurlah kau mempercayai dirinya..

Kerana..
cinta yang suci itu datang,
tanpa mengikut musim..
tanpa pelbagai tanda dan petunjuk..
Ianya datang hanya sekali dan tidak akan berulang lagi..
Jagalah orang yang mencintai kita,
selagi dia milik kita..
Kerana yang akan datang..
tidak akan sama yang telah pergi..

▒▌♥♥kata cinta♥♥▐▒
biar RINDU, asal x JEMU.. biar KASIH, asal x SEDIH..
biar CINTA asal xTERLUKA.. biar SAYANG asal xHILANG..
biar BERJAUHAN, asal HATI TAK EBRUBAH..
biar TAK JUMPA, asal HATI TAK LUPA..

▒▌♥♥kata cinta♥♥▐▒
cinta itu bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mata..
cinta itu tidak boleh didengar dengan telinga..
cinta itu juga tidak boleh disentuh dengan tangan..
cinta itu hanya boleh dirasa dengan hati..
seperti hatiku yang sentiasa ingat untuk mencintaimu..

▒▌♥♥kata cinta♥♥▐▒
cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya..
walau malam menjelma..
cahayanya pada bulan tetap menerangi..
kekadang ia juga gerhana..
tetapi akan kembali jua kecerahannya...

♀♥♂ bila kita syg org tue ♀♥♂

Bila kita sayang orang tu, 
kita tunggu lama pun xpe..
tapi bila dia tunggu kita, dia marah-marah..
hati kata, ala adatlah ada yang menunggu dan ditunggu..

Bila kita sayang org tu,
kita tak tido pun xpe, layan dia yang tgh bosan..
tapi bila kita bosan, ada dia layan kita?
Hati kata, xpe dia busy kot..

Bila kita sayang org tu,
Kita gaduh gan dia, kita diam jerk..
tapi dia heboh 1 dunia.
hati kata xpe, die tension tue..

Bila kita syg org tu,
kita call nak cakap dgn dia..
tapi dia bg handphone kt org lain atau matikan..
bila jadi cam tue, xpe..
hati kata xpe, layan jea.. kawan dia kawan kita juga..

Bila kita sayang orang tue,
kita bercerita dgn dia,
cerita dgn tunggul lagi baik..
tapi bila dia bcerita dgn kita??
kita dengar, sepatah2 kena ingat..
klu xingat, kita yang kena marah..
xpe, syg katakn..

Bila kita sayang orang tu,
kita dan dia lapar...
tapi kita bagi semua roti kita kat dia..
hati kata, alaa jaga lah hati dia, ksian dia..

bila kita sayang orang tue,
kita sanggup bagi dia rest bila dia letih..
tapi bila kita letih, dia suruh juga kita layan dia bila die bosan..
adil ker?? ati kata, alaa xpe bukan selalu pun..

bila kita sayang orang tue..
kita jadi cam orang gila bila dgr dia sakit..
tapi bila kita sakit??
dia siap keluar dgn kawan2 dia meraikan ari kesakitan kita,
ati kata, alaa xpe..xkn dia nak bkepit dgn kita 24jam..

Bila kita sayang orang tue,
kita tak pernah pentingkan diri sendiri..
tapi dia, hipokrit tahap gaban..
ati kata xpe, dia memang macam tue, kenalah terima..

Bila kita sayangkan orang tue, 
kita sayang nak tinggalkan dia selamanya..
tapi dia tak tahu kita berdepan dgn maut..
wlaupun kita sakit, dia kate kita saket biasa2 jer..
jangan nak mengarut..
ati kata, camne laa dia bile kita xde, mesti dia hepi...

Bila kita sayang orang tue, 
kita tak sanggup tengok dia derita..
tapi dia tak pernah hargai diri kita..
ati kata, tau x betapa kita sayangkan dia?

Bila kita sayangkan orang tue..
Kita sanggup tinggalkan dia selama2nya, agar dia bahagia..
Tapi adakah dia tahu pengorbanan kita?
ati kata xpe, janji dia bahagia...

DAN...
bila kita dah tinggalkan dia selamanya..
dia datang ziarah pusara kita..
Dia kata dia minta maaf sebab pernah mengata kita..
dia minta maaf sebab pernah buat kita tunggu dia..
dia minta maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan
dia minta maaf sebab pernah heboh 1 dunia salah kita..
dia minta maaf sebab pernah tak hiraukan kol kita..
dia minta maaf sebab pernah tak dengar luahan hati kita..
dia minta maaf sebab pernah buat kita kelaparan sebab dia..
dia minta maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kita..
dia minta maaf sebab tak pernah hiraukan sakit kita..
dia minta maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri..
dia minta maaf sebab tak pernah tengok penderitaan kita...

NAMUN SEMUANYA TELAH TERLAMBAT...
HARGAILAH ORANG2 YANG KITA SAYANG DAN MENYAYANGI KITA... ♀♥♂