Jumaat, 30 Disember 2011

CINTA sebelum NIKAH itu HARAM

Si Jejaka:Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?

Si Jejaka:waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

Si Jejaka: Boleh tak kte berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta.Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati abah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah.Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak.Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:trima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam...

Khamis, 29 Disember 2011

Amalan Mulia di Bulan Muharram

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun ISLAM (hijrah). Sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut Masihi. Penghijrahan Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah, ukhuwwah, dan syiar ISLAM sendiri. 

Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" iaitu Allah S.W.T melarang melakukan sebarang peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (dinyatakan dalam ayat 91, surah al-Baqarah). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Sesuai dengan permulaan tahun baru, ada beberapa amalan yang disunatkan dalam bulan Muharram

1- BERPUASA :- dinyatakan dalam hadis yang bermaksud, "sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Muharram, pahalanya seumpama berpuasa selama 30 tahun. Dinyatakan juga dalam satu hadis yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram, iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah akan tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama dua tahun.

2- Banyakkan beramal ibadat seperti mengerjakan solat sunat, berzikir dan sebagainya.

3- Amalkan berdoa pada akhir tahun iaitu pada hari terakhir bulan zulhijjah seelok-eloknya dilakukan selepas waktu Asar

4- Menyapu atau mengusap kepala anak yatim. Dikatakan, Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

5- Amalkan berdoa pada awal tahun iaitu 1 Muharram selepas waktu Maghrib

6- Memberi makan kepada orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti memberi makan kepada semua umat Nabi Muhammad.

7- Digalakkan mandi sunat pada 1 Muharram. Ini kerana Allah akan menghilangkan atau menjauhkan dari sebarang penyakit

8- Menziarahi orang sakit. Dikatakan jika kita menziarahi orang sakit, umpama kita menziarahi keseluruhan keturunan Nabi Adam s.a

KELEBIHAN pada 10 MUHARRAM (Assyura)

Abul Laits meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:- 
"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharam, maka Allah akan memberikan padanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Assyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah dan 10,000 orang mati syahid. Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyura, maka Allah akan mengurniatkan darjat bagi setiap helaian rambut. Dan sesiapa yang memberikan makanan kepada orang Mukmin yang berpuasa pada hari Assyura, maka seolah-olah memberi makan kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W dan mengenyangkan perut mereka."

Jumaat, 23 Disember 2011

petua IMAM SYAFIE

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal..
Wallahua'lam...

Rabu, 21 Disember 2011

tahu tak?


Tahu tak, Nabi banyak menangis kerana risau pada ummat, sedangkan kita banyak ketawa dengar rancangan kelakar.

Tahu tak, Nabi solat tahajjud sampai bengkak kaki, tapi kita main futsal sampai patah kaki.

Tahu tak, Nabi selalu beriktikaf di masjid, kerana duduk dalam suasana iman dan amal di masjid, maka hati dan akhlak akan terbentuk.

Tahu tak, Nabi suka tolong isteri memasak, sehinggakan bila sorang sahabat bagi salam di rumah Nabi, maka Nabi telah keluar dalam keadaan lengan bersingsing, dan debu tepung memutih di tangan baginda.

Tahu tak, jika andai kata setiap langkah Nabi berjalan akan tumbuh rumput, maka seluruh Mekkah dan Madinah akan dipenuhi rumput kerana Nabi selalu berdakwah lorong ke lorong, pintu ke pintu, kabilah ke kabilah, hati ke hati, sedang kita berarak setahun sekali hari ni, nak banding amalan dakwah Nabi, masih jauh seperti langit dan bumi.
Bila kita degil, mungkin mak kita cubit telinga kita
Bila kita tak ikut cakap, mungkin ayah kita akan rotan kita
Bila kita mungkir janji dengan kawan kita, mungkin kawan kita akan murung seminggu dengan kita

Tapi,
Bila kita tak solat, Allah tetap bagi kita nikmatNya
Bila kita tak puasa, Allah masih beri kita rezeki
Bila kita mengumpat, Allah masih bagi kita peluang untuk berkata-kata

Sungguh, Allah itu Maha Penyayang
Walaupun hambaNya terus menerus melakukan kesalahan dan kesilapan
Dia tetap mencurahkan kasih sayang dan nikmatNya

Bersyukurlah menjadi HambaNya
Buat apa yang diperintahkanNya
Tinggal apa yang dilarangNya
Jangan sampai Allah turunkan kemurkaan ke atas kita
Atas DOSA yang kita lakukan...
 
 

zakat..


1. Wajib ke atas setiap orang islam lelaki & perempuan..org yangg tidak mengeluarkan zakat dgn sengaja, FASIK..

2. Zakat fitrah bermula ketika masuk hari akhir bulan ramadhan..jika masuk bulan ramadhan nk byr terus pon xpe,lg baik...

3. Siapa yg ada nafkah dibawahnya wajib byr zakat fitrah..contohnya suami wajib byr zakat fitrah utk isteri dan anaknye.. Jika baru kawin,zakat fitrah bermula selepas isteri duduk bwh jagaan suami,wlupon isteri org kaya..

4. Anak yg lahir pd bulan ramadhan kene zakat fitrah,yg lahir mase mlm raya xkena.

5. Tidak wajib bersalam ketika byr zkt fitrah...tp jika tgn dihulur untuk bersalam kene sambut..setiap kali bersalam dosa kita akan diampunkan..jika byk bersalam maka byklah dosanya diampunkan..

6. Masa akad nikah juga tdk wajib bersalam dgn jurunikah..tp jika dihulur tgn kena sambut bersalam juga..

7. Zakat selain zakat fitrah, isteri kena byr sendiri..contohnye isteri ade bisnes besar,maka wajib byr zakat perniagaan..

8. Selalunya kesilapan kita pd hr ni ialah membayar zakat pd bulan ramadhan.. ZAKAT SELAIN drpd ZAKAT FITRAH xperlu tggu bulan ramadhan..wajib byr pd cukup tempoh masenye...sekiranya bisnes bermula bulan rejab,maka perlu byr zakat pd bln rejab genap setahun dpn.. ZAKAT FITRAH SAHAJA pd bln ramadhan..

9. Kanak2 pon kena zakat juga jika cukup perkiraan..contohnye semasa dia baru lhir,ayahnye meninggal kemudian dia mndpt duit pusaka 100k dan ltk dlm bank..ckup 1tahun kena zakat.. penjaga dia/wali kena tlg bayarkan.. Orang gila kena byr zakat juga..sama mcm kes kanak2 td..

10. Binatang yg dikenakan zakat adalah Unta,Kerbau,Lembu,Kambing/Biri-biri.. Unta 5 ekor,genap 1tahun kena zakat.. lembu 30ekor..kambing 40ekor.. Jika dlm 1tahun tu,hilang 1..contohnya unta hilang jd 4ekor,maka xkena zakat..

11. Jika binatang zakat kawin dgn binatang zakat maka kena byr zakat.. lembu + kambing = LemBing...kena byr zakat.. Lembu + itik = LemTik..tidak kena zakat...

12. Padi 300 gantang bayaran zakat = 1/10..

13. Emas haram lelaki pakai.. jika beli,jual,simpan boleh..tp kena zakat..

14. Jika jumpa harta karun yg ade bukti milik org kafir,contohnye jumpa emas milik tentera jepun zmn dulu 5kilogram.. wajib kena byr zakat juga dgn kadar 1/5...4/5 lg milik kite...

15. Jika bayar zakat guna dirham(perak) tetapi amil xnk terima maka boleh bg sendiri kpd fakir miskin..

16. Untuk perjalanan jauh(Kuantan-perak) maka solat jamak boleh dilakukan bermula selepas keluar dr mukim(kuantan)...

17. Niat beribadah kerana Allah n Niat kerana nk dpt pahala sama tak..? Niat kerana Allah paling tinggi darjat pahala ikhlas..yg laen2 juga dpt pahala dikira takut kpd Allah..cntohnye takut api neraka..

18. Air liur basi adalah najis..(air yg keluar dr perut).. baju yg nk buat solat wajib basuh smpai bersih(bilas)...

19. Jin Islam ikut syariat mcm kite ke x?? solat,puasa,pegi haji,MENGUNDI....jin islam ada beribadat..mengundi wallahu'alam...

20. Sirih junjung adalah adab wajib bagi umat HINDU KUNO di bali,indonesia.. hukumnya HARAM..melainkan pengantin mmg suke mkn sireh...

21. Dpt pahala jgk m'dgr kuliah melalui vcd,youtube,dll...tetapi hadir kuliah lg BESAR pahala...dpt pahala iktikaf dlm msjd,solat berjemaah,mendengar kuliah,bersedekah..para Malaikat,burung2 dan ikan2 dilautan semuanya mendoakan keampunan bg mereka yg hadir ke kuliah selagi mereka berada didlm kuliah..

22. Tidak wajib bertarikat jika hendak mendekatkan diri kepada Allah..ada tarikat yg muktabar dan ada juga yg ditolak jika ada unsur karut...

23. Jual beli najis/baja drpd najis x sah(imam syafie)..jika mengupah angkat najis sah..

24. Tidak Haram jika semasa meminta hutang org berasa hati..tetapi kalau nk mtk,biar dgn cara baek..bg ceramah sket ke...biar dia sedor..

25. JANGAN MERAYAKAN raya org kafir & JANGAN GANGGU raya mereka...mereka pon xpenah merayakan raya kita jgk..ada org di New York menyambut Maulidur Rasul??

26. Menggunakan buah tasbih untuk bertasbih,ulama menyatakan tidak haram.. lebih afdhal jika mengira dgn JARI...

27. Doa akhir/awal tahun harus(boleh)..

28. Kerbau yg telinganya dipotong separuh sebagai tanda milik, xboleh dijadikan binatang korban...

29. Akad nikah dlm masjid boleh... pasang lagu masa kenduri dan karaoke boleh sekiranya tiada lagu berunsur Haram dan tiada perempuan yg menyanyi...

30. Perempuan juga tidak boleh bermarhaban dan melunakkan suara didepan lelaki ajnabi..jika dlm majlis perempaun shj boleh..

31. Lelaki pakai cincin suasa = HARAM... Pakai cincin perak = Sunnah Rasulullah..

32. "Orang yg masih melakukan dosa,imannya naik"...maknenye sebelum ni dia selalu buat 10dosa..bila berubah jd kurang kepada 7dosa..maka imannya dh naik taraf sedikit..begitulah seterusnya smpai dia betul2 taubat...

Selasa, 20 Disember 2011

18 cara menuju ke jalan Allah S.W.T

1. Solat Tahajud di waktu sepertiga malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.

2. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan di antara jam 8-12 tghari. Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan org2 yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

3. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

4. Kemudian baca Surah An-Naba’- Nabi SAW bersabda: “Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

5. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

6. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

7. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

8. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan.

9. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

10. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

11. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

12. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

13. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’

14. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

15. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam.

16. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.

17. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.

18. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.

Ahad, 18 Disember 2011

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
 
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir. 
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.