Isnin, 25 Julai 2011

♥♥ hati pasangan perlu sentiasa dijaga.. ♥♥


(1) Mengambil Hati
     → Mengambil hati pasangan adalah perkara umum yang perlu ada. Dalam perhubungan ia melibatkan dua hati yang diikat menjadi satu. Kalau kamu berpasangan tetapi masing-masing tidak tahu menjaga hati masing-masing, retak menanti belah lah jawabnya. Jadi, masing-masing perlu bertolenrasi dalam perhubungan dan perlu saling 'give and take'. Layan si dia dengan baik, cakap elok-elok dan barulah si dia rasa senang dan seronok bila bersama kamu.

(2) Mendengar Masalah
     → Setiap pasangan bercinta pasti akan menghadapi masalah.Jika sudah berumah tangga, lain pula masalahnya. Jadi, apabila pasangan kamu bermasalah pasti si dia memerlukan seseorang untuk meluahkan isi yang terbuku dalam hati. Oleh itu, jadilah pendengarnya yang setia lagi memerlukan. Si dia pasti mengharapkan kamu yang boleh dijadikan tempat bercerita. Jangan terlalu sibuk dengan urusan lain sehingga tidak menghiraukan si dia. Cuba ajak si dia untuk cari jalan penyelesaian. Meskipun kamu tidak mampu untuk menolongnya, perhatian yang kamu berikan cukup memberikan makna pada dirinya. 

(3) Memberikan Bantuan
     → Apabila pasangan kamu mempunyai masalah yang memerlukan bantuan, contohnya si dia memerlukan wang untuk membeli sesuatu di waktu kesesakan, menghantarnya ke tempat kerja di saat keretanya rosak ataupun meminta pendapat tentang sesuatu perkara, kamu hulurkan sahaja bantuan tak kira walau dalam bentuk apa sekali pun. Hal ini menunjukkan bahawa kamu sentiasa berada di sampin dia tatkala si dia menghadapi masalah. Apabila kamu pula yang menghadapi masalah, pasti si dia ada di sisi memberikan pertolongan.

(4) Menghormati keputusan
     → Faktor ini juga penting kerana setiap keputusan yang dilakukan di antara kalian adalah keputusan yang terbaik. Jangan pula kamu mengingkari atau memaksa si dia untuk mengubah keputusannya kerana kamu tidak bersetuju. Cuba kamu menghormati segala keputusan yang telah diambil. Tambahan pula keputusan yang diambil adalah ke arah kebahagiaan bersama. Namun, jika keputusan negatif yang dicapai, kamu seorang yang paling rapat berhak untuk menasihatinya.

(5) Jangan Mengongkong
     → "ia adalah punca utama mengapa saya putus dengan kekasih. Dia terlalu mengongkong sehingga saya perlu melaporkan segala perkara. Kami baru saja berkawan dan berkasih dan belum menjadi suami isteri secara sahnya." Tidak kira siapa pun yang mengongkong, sama ada lelaki mahupun si gadis, kamu tidak berhak untuk menentukan apa yang perlu dilakukan setiap hari. Itu tak boleh, ini tak boleh, habis itu, apa yang boleh? Hal inilah menjadi masalah utama pada pasangan yang berkasih. Seperti mana dia menjalani kehidupan normalnya sebelum mengenali kamu, biarkan dia mengalami hidup yang sama setelah kamu berhubungan. Lagipun, si dia masih ada ibu bapa untuk menjaganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan