Khamis, 28 Julai 2011

MASALAH BAWAH LENGAN BERUBAH WARNA???

Masalah bahagian bawah lengan mengeluarkan peluh yang berlebihan serta berbau merupakan antara masalah yang sering diperkatakan. Masalah bahagian bawah lengan berubah warna hitam mungkin satu jarang yang diperkatakan walaupun ia sebenarnya banyak dihadapi oleh gadis-gadis di luar sana. Selain mengundang rasa tidak selesa, masalah ini juga sedikit sebanyak mengganggu penampilan. 

JOM TENGOK PUNCA MASALAH INI..

  •      Secara fizikal, kulit di bawah lengan memiliki pigmen yang berbeza dari kulit di sekitarnya. Inilah yang menyebabkan ia boleh jadi lebih gelap. 
  •       Ketidakseimbangan hormone juga merupakan salah satu penyebab daerah bahagian bawah lengan hitam
  •       Selain factor genetic, kulit bahagian bawah lengan juga boleh berubah warna kerana reaksi zat merkuri yang terkandung pada deodorant jenis “roll-on”
  •       Deodorant yang mengandungi alcohol juga boleh menyebabkan alahan sehingga terjadi hiper pigmentasi yang boleh mengakibatkan bahagian bawah lengan berubah gelap. Oleh kerana itu, kamu haruslah lebih selektif memilih deodorant
  •       Sekiranya kamu termasuk dalm golongan yang suka mencukur bulu bawah lengan dan mencabutnya, kemungkinan boleh menyebabkan alahan pada kulit serta permukaan kulit bawah lengan menipis. Ini kerana adanya rangsangan alahan setiap hari, kulit bahagian bawah lengan secara cepat menimbulkan penebalan kulit di kawasan tersebut. Akibatnya kulit bahagian bawah lengan menjadi hitam berbanding kawasan sekitarnya.
  •       Selain itu, pemakaian deodorant atau bedak khusus bahagian bawah lengan juga boleh menimbulkan perubahan warna. Hal seperti ini penyebabnya bukan deodorant atau bedak khusus tetapi baki-baki yang tertinggal kemudian bertukar menjadi bacteria yang membawa kepada perubahan warna di bahagian bawah lengan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan