Khamis, 21 Julai 2011

Calon menantu anak luar nikah?

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam kenyataannya kepada media telah mendedahkan bahawa terdapat 17,303 kes anak luar nikah keturunan melayu/Islam didaftarkan kepada jabatan itu spanjang 2009. Jumlah itu meningkat sebanyak 762 kes berbanding 16,541 kes pada tahun sebelumnya. Kenyataan sama turut mendedahkan bahawa sepanjang tempoh lima tahunlalu JPN telah menerima pendaftaran sejumlah 74,723 kes anak luar nikah yg melibatkan keturunan Melayu. 


Pendedahan fakta ini bukan sahaja mengejutkan, bahkan turut menimbulkan kebimbangan di dalam masyarakat. Ia sekaligus memberikan gambaran yang tidak menyenangkan tentang ketulenan jati diri generasi muda dalam dekad-dekad akan datang.

Terdapat empat asas pilihan pasangan hidup dalam agama Islam, iaitu agama, keturunan, rupa paras dan kekayaan. Keturunan seseorang adalah gambaran kemuliaan sesebuah institusi kekeluargaan. Dalam kes anak luar nikah ini, keturunan yang mulia itu sudah terputus.
 
Jika bakal menantu anak luar nikah, dari mula nk kawin sudah ada masalah. Siapa nak jadi walinya? Orang akan persoalkan bagaimana nasabnya? Di sini akan bermula kepincangan dalam keluarga.

Tiada orang akan seronok menerima menantu sedemikian. Sebab itu, urusan memilih menantu tidah harus diserahkan 100% kepada anak-anak. Ibu bapa juga perlu bertanya khabar dan menyelidik susur galur keluarga bakal menantu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan