Ahad, 31 Julai 2011

MAKANAN UNTUK HATI

Makanan yg baik utk hati bknlah t’lalu susah utk dimakan. Mungkin ia di antara makanan kegemaran kamu.

1-     KULIT KAYU MANIS DAN BUNGA CENGKIH
Dua bahan utama rempah ratus ini wajib ada did lm setiap rumah. Kajian ada menyatakan bahawa kulit kayu manis dan bunga cengkih boleh meningkatkan fungsi insulin dalam badan. Ia juga boleh merendahkan kadar kolestrol. Cubalah ambil secubit serbuk kulit kayu manis dan taburkan ke dalam kopi atau yogurt yang selalu kamu makan.

KOPI
Kajian menyatakan bahawa wanita yang minum kopi setiap hari dapat mengurangkan 24% kadar serangan jantung. Namun, terlalu banyak kafein juga boleh menyebabkan kamu gementar.

BIJIRIN DAN SUSU
Pendek kata, ambillah sarapan pagi yang sihat.
Ada kajian menunjukkan bahawa orang yang selalu mempunyai berat badan ideal, tekanan darah yang normal dan kurang kadar kolestrol adalah terdiri daripada mereka yang mengamalkan bijirin dan susu sebagai sarapan pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan