Jumaat, 8 Julai 2011

ciNta itu tiDak seMeStinya meMiLiki...

Semua orang yg b'cinta semestinya mahukan hidupnya sentiasa dengan orang yang dicintainya.. Namun, cinta itu tidak semestinya harus dimiliki.. Mungkin dia sememangnya bukan jodoh kita, bukan milik kita... Adakalanya, kita terpaksa menerima hakikat bahawa orang yang kita cintai itu lebih berbahagian bersama orang lain... Kita mungkin pernah hiaskan hatinya hanya kerana dia sunyi dan mahukan teman dikala dirinya bersendirian...

Ada sesetengah orang cukup merasa bahagia apabila melihat orang yang disayangi, dicintai itu bahagia walaupun bukan bersamanya.. Mengintai dari jauh, melihat dan mengetahui perkembangan kebahagiaan orang yang dicintai dari jauh, sudah cukup indah baginya.. Namun, sampai bila harus dipendam perasaan itu..

Allah SWT telah menetapkan jodoh bagi setiap umatNya.. jika dia memang bukan jodoh kita, berdoa dan berserah kepada Allah agar diberikan jodoh yang lebih baik.. Semua itu telah ditakdirkan, kita harus redha dengan segala yang telah ditetapkan... SESUNGGUHNYA CINTA ITU TIDAK SEMESTINYA DIMILIKI....

Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya.. dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu hari nanti kamu akan kecewa apabila kamu tahu kekurangannya..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan