Selasa, 26 Julai 2011

CANTIK MEMPESONA. ^^

bahan-bahan semulajadi spt sayuran, buah-buahan dan sbgnya bkn sahaja dijadikan makanan utk kesihatan, malah turut b'fungsi sbg bahan asas utk m'cipta ramuan kecantikan. Menggunakan bahan semulajadi untuk kecantikan adalah lebih baik daripada menggunakan produk kecantikan yang tidak diketahui bahan asasnya. jadi, ikuti beberapa petua kecantikan daripada sayuran, kekacang, buah-buahan dan bahan semulajadi sbg asas kecantikan kulit wajah.

Hilangkan kemerahan dengan masker timun

Legakan kerengsaan pada kulit wajah akibat daripada tekanan, jerawat dan sebagainya dengan hanya menggunakan timun dan buah kranberi yang bertindak menurunkan keradangan.
  • Sagat sebiji timun dan campurkan dengan susu besar yogurt serta satu sudu besar buah kranberi yang siap dilecek.
  • Campurkan semua bahan tadi agar menjadi satu adunan
  • Sapukan bahan2 td menjadi masker pada wajah, leher, dan dada yang kemerahan.
  • Biarkan lima minit hingga 20 minit dan bilas hingga bersih
Putihkan wajah dengan betik

Jadikan kulit wajah kamu lebih bercahaya dengan bahan-bahan semula jadi daripada pisang, betik, dan air kelapa.

  • Campurkan tiga sudu besar betik yang telah dilecek dengan dua sudu besar pisang lecek, dua sudu besar susu segar, satu sudu besar air kelapa, dan satu sudu besar yogurt.
  • Gaul ke semua campuran tadi sehingga ia sebati dan kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam.
  • Sapukan masker tadi pada wajah yang bersih
  • Biarkan sehingga lima minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.
Hentikan kulit wajah rosak dengan rawatan buah labu

Tutup pori-pori pada wajah dengan buah labu yang bertindak membuang sel kulit mati dalam masa yang sama. Sementara itu, madu pula memberikan klembapan pada wajah anda.
  • Campurkan satu sudu besar puri labu dengan satu sudu besar madu, satu sudu besar cuka epal, satu sudu besar tepung ubi dan sebiji telur.
  • Gunakan garpu dan pukul bahan sehingga sebati dan gebu.
  • Sapukan campuran secara lapisan nipis pada wajah yang bersih dan kering (kecuali mata). Biarkan sehingga 20 minit.
  • Bilas dengan air suam dan lap wajah hingga kering dengan cara tepukan menggunakan kain bersih.
Wajah cerah semula jadi dengan lobak merah

 Lobak merah menjadikan wajah kamu lebih berseri dan mulus, manakala kuning telur serta limau nipis pula menegangkan kulit.

  • Parut sebatang lobak merah sehingga halus. Ambil sebiji telur dan asingkan bahagian kuning sahaja. Kemudian, perah limau nipis dalam satu sudu kecil.
  • Campurkan ke semua bahan yang disediakan tadi sehingga sebati.
  • Sapukan pada wajah dan biarkan sehingga kering.
  • Akhir sekali, bilas wajah dengan air sejuk tanpa mencuci semula menggunakan sabun muka.
Asam jawa menghilangkan parut

Bagi yang inginkan tubuh badan yang langsing tanpa perlu senaman berat, asam jawa ada jawapannya.

  • Ambil segenggam asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Ramas sehingga menjadi pekat.
  • Sapukan secara lembut pada tempat berparut atau parut jerawat. Biarkan sehingga kering dan ulang setiap hari sehingga parut hilang.
Kulit wajah tegang dengan timun

Masalah serta aktiviti harian pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan kejelitaan kulit wajah. Timun bukan sahaja dapat memberi kesegaran pada wajah malah menegangkan.
  • Sagat timun terlebih dahulu, pastikan ia hancur dan lumat
  • Ambil tepung ubi kayu dan campur sedikit air, kemudian masukkan timun ke dalam bancuhan ubi kayu. Kacau sehingga rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
  • Sapu pada wajah dan biarkan sehingga kering. Bilas dengan air sejuk dan lihat hasilnya.
 Limau nipis mencerahkan kulit

Apabila menghadapi maslaah bau badan, limau nipis menjadi bahna untuk menghilangkannya.
  • Ambil sebiji limau nipis dan belah dua
  • kemudian, gosok pada wajah dan seluruh badan dengan lembut
  • lakukan setiap kali mandi dan akan menjadi cerah, licin dan harum

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya....
keasliannya terjamin...pastinya tidak membazirkan duit... (^_~)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan