Isnin, 25 Julai 2011

Cinta dan anugerah

Cinta itu satu anugerah dari Tuhan.. 
Anugerah yang paling agong adalah apabila kita mencintaiNya lebih dari segalanya..
Kerana Dialah Pencinta yang paling Agung.. 
Alangkah indahnya jika cintu yang bersemi di hati..
Alangkah nikmatnya jika kita sentiasa merinduiNya..

Ya Allah...
Dekatkanlah hati ini dengan cahaya hidayahMu..
agar aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmatMu..
Ya Allah..
Sesungguhnya aku insan yang lemah lagi hina..
Bantulah aku untuk melalui liku-liku kehidupan di muka bumi ini..
Berikanlah aku petunjuk yang terbaik..
Agar aku tidak tersalah langkah..

Cinta..
Itu adalah satu perasaan yang indah..
indahnya apabila mengikut segala syariatMu..
Namun..aku manusia biasa..
Yang mempunyai segala kekurangan..
Mungkin aku telah tergelincir dari landasan yang ditetapkan olehMu..

Jika itu berlaku..
Ampuni aku Ya Allah...
Berikan aku petunjuk..agar aku dapat meluruskan semula jalanku..
Agar aku dapat kembali ke pangkal jalan..
Agar aku dijauhi dari segala kemaksiatan dan kepincangan dunia..

Ya Allah..
Sesungguhnya hati manusia turut diisi dengan cinta manusia..
Setiap manusia telah diciptakan berpasangan olehMu..
Kau tunjukkanlah aku.. Berikanlah petunjukMu..
Siapa dia pemilik tulang rusukKu..

Ya Allah..
Kau jauhilah hati ini..
dari terus mencintai insan yang bukan hak ku..
Jauhilah hati ini..
Dari terus merindui insan yang tidak layak untuk dirindui..

Jika dia bukan jodohku..
Jauhilah dia dariku..
Jauhilah dia dari hatiku..
Jauhilah dia dari sentiasa mengangguku..

Ya Allah..
Sesungguhnya aku yakin..
Dengan segala ketentuan yang telah diatur olehMu..
Segala yang terjadi pasti ada hikmahnya..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan