Rabu, 27 Julai 2011

PENYAKIT KELAMIN... WATCH OUT GIRL!!!!!

Usia yang muda bkn bmakna kamu sudah blh rasa diri sntiasa selamat dari penyakit-penyakit kelamin. Ada kalanya penyakit tidak mengenal usia dan seharusnya sewaktu usia muda inilah kamu harus mula menjaga agar terhindar dari sebarang penyakit kerana menghindar penyakit adalah lebuh baik daripada merawatnya.
Berikut adalah antara penyakit kelamin yang perlu kamu tahu. JOM SEMAK!!!

CHLAMYDIA
Penyakit ini disebabkan oleh bacteria yang boleh menyerang serviks dan vargina. Menyebabkan rasa panas atau seperti terbakar. Sekiranya agak parah, ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Penyakit ini banyak menyerang remaja.
GEJALA :- Rasa sakit ketika membuang air kecil dan vagina mengeluarkan cairan yang tidak normal, kadangkala mengalami sakit perut, sakit bahagian belakang, pening kepala dan demam.

GENITALWARTS / HUMAN PAPILLOMAVIRUS (HPV)
Bila warts atau ruam tumbuh di daerah kemaluan sekiranya didiamkan boleh menyerang daerah serviks, vulva dan sekitar vagina. HPV boleh berjangkit bila berhubungan seksual, oral seks dan paling mudah untuk berjangkit. Penyakit ini mudah disembuhkan tetapi mudah juga untuk datang kembali.
GEJALA :- Tumbuh seperti ruam kemerah-merahan di daerah kemaluan.

HEPATITIS B
Penyakit yang berpunca dari virus ini boleh mempengaruhi masalah pada hati. Virus ini juga boleh disebarkan melalui air liur, air mata, hubungan seksual dan pemindahan darah. Oleh itu, hati-hati jangan berkongsi memakai alat cukur, berus gigi dan jarum suntik.
GEJALA :- Ciri-cirinya kekurangan tenaga, hilang nafsu makan, mual, muntah, kulit dan mata menguning serta air kecing berwarna gelap.

MOLLUSCUM CONTAGIOSUM
Sejenis jangkitan kulit yang ringan. Penyakit ini sering berlaku akibat hubungan seksual. Menyerang bahagian kemaluan, perut bahagian bawah, punggung dan paha sebelah dalam. Dalam beberapa kes ia juga menyerang bibir dan mulut. Waktu terkena jangkitan seminggu hingga 6 bulan.
GEJALA :- Gatal-gatal dan bahagian yang gatal akan berbentuk seperti bulatan dan warnanya keputihan. Ada juga yang gatal teramat sangat hingga mengganggu aktiviti kamu.

TRICHOMONIASIS
Penyakit yang disebarkan akibat hubungan seksual. Disebabkan oleh parasit atau trichomoniasis vaginalis. Jika lelaki, ia akan menyerang kemaluan dan uretra. Manakala perempuan, ia akan menyerang kemaluan terutama vagina. Penderitaan trichnomoniasis sangat berisiko terkena HIV juga.
GEJALA :- Vagina mengeluarkan baud an cairan berwarna kelabu atau kekuningan yang tidak normal, gatal dan saat buang air kecil terasa terbakar.

GENITAL HERPES
Penyakit menular ini disebabkan oleh virus. Penularan terjadi akibat hubungan seksual dan oral seks. Menyerang bahagian kemaluan.
GEJALA :- Jangkitan dan gatal di kulit disertai melecet yang berair.

GONORRHOEA @ SIFLIS
Penyakit ini disebabkan oleh bacteria yang menular dari hubungan seksual. Bakteria yang menyerang serviks, uterus, rectum, vagina dan kerongkong.
GEJALA :- Sakit di bahagian vagina ketika buang air kecil terasa terbakar, kejang dan pendarahan. Ada sesetengah kes yang serius terjadi pembengkakan.

TAHUKAH KAMU!!!!
“Panty Liner” dipakai supaya seluar dalam tidak kotor kerana cairan keputihan. Namun ia tidak semestinya wajib dipakai. Namun andai kamu ingin memakia “panty liner”, sebaiknya pilih yg “breathable” ataupun permukaannya berpori, “non perfume” serta harus ditukar 3 jam sekali.

Sumber: REMAJA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan