Rabu, 16 November 2011

hukum rotan

 

Hukuman orang yang berzina adalah sebat sebanyak 100 kali. Bagaimanakah cara sebatan yang sebenar?

Sarjana Islam menetapkan apabila menghukum penzina yang dikenakan hudud 100 kali sebatan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan, kayu, ataupun seumpamanya.

Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan.

Haram memukul kawasan muka dan kemaluan. Ini adalah bagi mengelakkan kecacatan wajah dan kematian. 

Pukulan perlu sederhana sahaja, iaitu tidak kuat dan tidak terlalu perlahan. Tujuan hudud ini bukan membunuh, tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah. Cara hukum rotan di penjara sekarang adalah haram kerana memukul terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit dan daging. 

Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian. Haram menelanjangkan pesalah sebagaimana hukuman rotan di penjara sekarang ini.

Pesalah lelaki dalam keadaan berdiri dan pesalah wanita dalam keadaan duduk.

Pukulan dikenakan atas beberapa tempat pada badan. Haram memukul pada tempat yang sama..

.........................................................................

sumber :- Anda bertanya USTAZ AZHAR IDRUS menjawab..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan