Ahad, 13 November 2011

andai.....



andai suatu saat aku hilang dari pandanganmu,
usah kau cari aku kerana aku tidak pernah meninggalkanmu..

andai suatu saat aku berhenti menghubungimu,
usah kau gusar kerana aku juga perlu waktu untuk diriku..

andai suatu saat aku mengalirkan air mataku,
usah kau usap kerana aku ingin membasuh kekecewaan hatiku..

andai suatu saat engkau hilang daripada pandanganku,
aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu..

andai suatu saat engkau berhenti menjawab panggilanku,
ingatlah aku sentiasa ada di saat-saat engkau memerlukan aku..

andai suatu saat engkau tersenyum bahagia,
aku juga akan tersenyum melihat dirimu bahagia..

cuma pesanku, andai suatu saat engkau memerlukan aku dan aku tidak bisa untuk membantumu, usahlah kau merayuku.. bukan kerana aku membenci dirimu tapi kerana aku takut aku akan menyakiti hatimu lagi.. Maafkan aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan