Jumaat, 11 November 2011

7 cara bersahabat kerana Allah



1- MEMBERITAHU TEMANNYA BAHAWA DIA KASIH DAN SUKA KEPADANYA

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :-
"Jika seseorang kasih kepada seseorang, maka hendaklah dia memberitahu temannya"
     (HR Abu Daud)

2- APABILA BERPISAH DENGAN SESEORANG MAKA HENDAKLAH DIA MENDOAKAN SAHABATNYA TANPA PENGETAHUANNYA

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
"Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat           dengan  berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya".
(HR Muslim)

3-   SENTIASA BERMANIS MUKA KETIKA BERJUMPA SAHABAT

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:-
"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria"
(HR Muslim)

4- SEGERA BERSALAMAN KETIKA BERTEMU DENGAN TEMANNYA

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :-
"Setiap orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah"
(HR Abu Daud)

5- AMALAN ZIARAH-MENZIARAHI

Nabi Muhammad S.A.W bersabda :-
"Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambah kasih sayang antara kamu"

6- MEMBERI HADIAH

Nabi Muhammad S.A.W
"Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang"
(HR Thabrani)


7- MEMBANTU SAHABAT-SAHABATNYA DALAM KESUSAHAN

Nabi Muhammad S.A.W
"Oranng yang berjalan untuk menunaikan hajat  sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan"
(HR Hakim)

sumber :- Ukhuwah Islamiah (DR. Abdullah Nasir Ulwan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan