Khamis, 25 Ogos 2011

Pantang bagi wanita..

Kepada kaum lelaki.. korang kena tau apa yang perempuan tak suka..

(1) Menyebut2 tentang ex korang.
     - Dilarang sama sekali menyebut2 nama ex korang.. korang ingat, korang jerk ke ada ex.. perempuan tue pun ada ex juga.. tapi xperlu laa nak disebut2 kan?? macam mana perasaan korang, kalau dia sentiasa sebut nama ex dia depan korang.. terasa hati juga kan?

(2) Membandingkan awek korang dengan ex korang
     - Buruk baik awek korang, korang terima laa.. kalau dia salah pun, jangan smpai keluar perkataan yang akan dirasakan oleh mereka yang korang nie nak membandingkan diorang dengan ex korang.. Mungkin bagi korang, korang tak membandingkan.. tapi, pada tafsiran mereka? korang tak tahu kn? elakkan lah.. Bimbang satu hari nanti, dia naik meluat dengan korang dan timbul rasa benci dalam hati diorang pada korang dan ex korang tue..

(3) Terima teguran
      - Bila dia menegur salah silap korang, korang terimalah.. Bukan niat dia nak mengubah korang jadi orang lain.. tapi dia buat tue untuk kebaikan korang juga kan? Kalau korang boleh tegur dia, boleh nasihatkan dia.. kenapa dia tak boleh tegur korang kan? Tak kisahlah bagaimana pun sikap dia.. walaupun tak sealim ustazah.. tapi semua orang berhak untuk saling nasihat menasihati.. yea tak??

(4) Jangan sesekali sebut korang nak cari orang lain.
      - Bila korang marah atau apa.. elakkan dari menyebut korang nak cari orang lain.. jangan sesekali menyuruh dia pergi mencari orang lain.. Perempuan nie tak sama dengan lelaki.. apa yang korang kata, itulah yang dia fikir.. walaupun bagi korang, korang cuma main2.. korang tak benar-benar maksudkannya.. tapi perempuan akan fikir itu betul-betul korang maksudkan.. Jangan sampai diorang betul-betul angkat kaki.. jangan sampai diorang betul-betul pergi dari hidup korang.. Bila itu berlaku.. Mungkin korang tak kan diberi peluang lagi..

(5) No maki-maki
      - Marah tue tak salah.. tapi elakkan dari mengungkapkan kata-kata yang kasar, yang kesat.. Hati perempuan nie lembut.. Bila dah terguris, luka tue akan jadi makin dalam.. Mungkin benar, dia kata die memaafkan.. dan sememangnya dia memaafkan.. tapi hati dia, mungkin masih tersimpan semua kata-kata tue.. dan bila itu terulang lagi, sama seperti korang mendalamkan lagi luka di hati yang sedia ada..
(6) Jangan perkecilkan apa yang dia buat.
      -Perempuan mudah nak memberi hadiah atau cenderahati pada si kekasih.. Walaupun ianya mungkin tidak semahal yang korang bagi pada dia.. tapi terimalah pemberian dia.. jangan perkecilkan.. jangan sebut perkataan membazir atau apa.. apa salahnya korang cakap terima kasih.. Dia bagi korang, maknanya dia ikhlas memberi.. Hargailah pemberian dia..

(7) Jangan memisahkan dia dari kawan-kawan dia.
      - Hidup tanpa kawan.. kaum lelaki mungkin boleh hidup tanpa kawan.. Tapi perempuan?? ketika sedih dia, duka dia.. kawan adalah segala-galanya.. Hanya kawan yang sejati akan sentiasa ada disisi.. Korang mungkin rasa, apa gunanya ada korang.. kalau asyik nak cari kawan.. Tapi korang pernah fikir tak? bagaimana dia bila korang gaduh gan dia, bila korang tinggalkan dia? Korang dah pisahkan dia dengan kawan-kawan dia.. Jadi dengan siapa diorang nak kongsi segala kesedihan dia.. Bimbang jadi perkara-perkara yang tidak diingini...

(8) Jangan terlalu cemburu
      - Cemburu tue tandanya sayang.. tapi kalau cemburu yang berlebihan bimbang jadi cemburu buta.. Dengan kawan nak cemburu, dengan saudara nak cemburu.. Pendek kata, dengan semua lelaki kat muka bumi nie korang nak cemburukan? Yakinlah pada kekasih korang tue.. kalau dia memang sayang kan korang.. berkawan lah dengan siapa pun, hati dia tetap korang..

Harap-harap kaum lelaki kat luar sana, jangan terlalu ikut nafsu, amarah.. Gunalah akal.. Jangan sampai merosak jiwa. Hubungan yang berlandaskan syariat, akan pasti bahagia.. (mcm xde kne mgena lak..hehe)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan