Rabu, 24 Ogos 2011

♥♥di tinggalkan!!! Mana silapnya???♥♥

Pasti kamu tertanya-tanya di mana silapnya dan apa yang membuatkan si dia begitu mudah menyingkirkan kamu..

1- Kamu boleh dikategorikan dalam:-
    (a) Manja
    (b) Pemalu tetapi setia dengan cinta
    (c) Peramah dan berterus terang

2- Dalam memilih pasangan kamu...
    (a) Amat cerewet dan paling penting pasanganmu haruslah berpendidikan tinggi, ada rupa, bergaya dan boleh menyenangkan hidupmu
    (b) Tidak kisah siapa dan bagaimanapun rupanya, apa yang lebih utama bagimu ialah si dia kaya dengan kasih sayang
    (c) Si dia bukan sahaja boleh menjaga dan menyayangimu, tetapi menjaga dan menyayangi keluargamu

3- Prinsip kamu dalam bercinta ialah:
    (a) Tidak akan sama sekali merana kerana cinta
    (b) Memberikan kasih sayang sepenuhnya dan berkorban apa sahaja demi insan tersayang
    (c) Sanggup berkongsi dengan yang tercinta

4- Setiap kali keluar dengan si dia, biasanya siapakah yang menentukan ke mana kamu berdua akan pergi?
    (a) Dua-dua
    (b) Si dia 
    (c) Kamu

5- Apabila si dia dalam kesusahan dan kesedihan. Reaksimu biasanya....
    (a) Kamu sentiasa beri sokongan kepadanya
    (b) Cuba membantunya sedaya upaya yang termampu
    (c) Kamu cuba untuk menghiburkannya supaya dia lupa pada masalah yang ditanggungnya

6- Apabila ada orang yang cuba mengganggu perhubungan kamu. Reaksimu..
    (a) Cemburu dan salahkan si dia kerana tidak lakukan apa-apa
    (b) Cuba sedaya upaya menghalang orang ketiga dari menganggu perhubungan kamu dan si dia
    (c) Tidak kisah kerana yakin kamu lebih baik dari orang ketiga tersebut

7- Setiap kali bertengkar siapa yang terlebih dahulu akan mengalah
    (a) Tentulah si dia..mana boleh kamu yang mengalah
    (b) Kebiasanya kamulah.. semua insan yang kamu kenal kebanyakannya hati batu, susah untuk mengalah
    (c) Tengok pada keadaan, kalau kamu yang salah kamulah yang mengalah, tetapi kalau si dia yang salah tentulah dia yang mengalah.

8- Suatu hari ketika pergi shopping bersama, si dia menunjukkan barangan yang paling diidamkan padamu. Reaksimu?
    (a) Buat tidak faham dan berlalu pergi
    (b) Terus mengambil dan membayarnya walaupun sebenarnya kamu sendiri mempunyai masalah kewangan. Namun demi sayang sanggup korbankan semua wang simpanan kamu.
    (c) Kamu tidak membelinya pada waktu itu. tetapi sebaliknya menunggu hari ulang tahunnya ataupun hari istimewa kamu berdua dan hadiahkan barangan idamannya

9- Apa yang kamu sering lakukan setiap kali putus cinta?
    (a) Cepat-cepat mencari pengganti supaya kamu dapat terus melupakan si dia
    (b) Bersendiri dan menangis sepuas-puasnya
    (c) Cuba hiburkan hati dengan meluangkan masa dengan kawan-kawan

10- Kenangan yang paling manis dalam hidup sewaktu bercinta ialah...
    (a) Ketika bercuti bersama si dia di Pulau yang indah
    (b) Belum ada lagi saat yang paling manis tetapi banyak kenangan pahit
    (c) Makan malam bersama dengan suasana yang penuh romantik


Jom kita semak apa jawapan anda :-

Sekiranya banyak A

Tidak jujur dan menunjuk-nunjuk
        Kamu bercinta bukan atas dasar cinta ataupun sayang, tetapi kerana kamu lebih kepada mahu mengisi masa sunyi kamu sahaja. Kamu tidak pernah mengambil berat tentang si dia, sebaliknya kamu amat mementingkan diri sendiri. Sebagai kekasih kamu juga tidak pernah katakak kepada si dia betapa dalamnya cintaimu kepada si dia dan tidak pernah membuktikan apa-apa menunjukkan kamu benar-benar memerlukan si dia dalam hidupmu. Memang benar, kamu baik dan tidak pernah lokek memberikan dia hadiah sebagai tanda ingatan, namun semua itu kamu lakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk dan bukannya benar-benar tulus ikhlas dari hati kamu sendiri. Kamu harus segera berubah. Jangan berpasangan hanya untuk mengisi kesunyian sebaliknya carilah pasangan untuk kamu berkongsi suka dan duka.


Sekiranya jawapan banyak B

Terlalu banyak memberi
      Kamu terlalu kaya dengan kasih sayang sehinggakan kamu terlalu banyak memberi dari menerima. Seperti tanaman, andai terlebih baja ianya akan mati, begitulah dengan cinta. Apabila si dia merasakan kamu terlalu menyayanginya sehingga sanggup lakukan apa sahaja, si dia akan sentiasa rasa selamat. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak perlu bersusah payah untuk kamu kerana si dia tahu tanpa berbuat apa-apa pun kamu sudah cukup menyayanginya. Harus diingat saling berkorban, sanggup berkongsi suka dan duka itulah yang menjadi penguat cinta. Kalau tidak ada perasaan tersebut tidak mustahil perhubungan yang dibina akan berkubur begitu sahaja. Jangan harapkan orang menghargai kamu sedangkan kamu sendiri tidak pernah menghargai diri sendiri.


Sekiranya jawapan banyak C

Tidak pandai menyesuaikan diri
     Kamu begitu sempurna dan mungkin kerana itulah perhubungan cinta kamu tidak pernah bertahan lama. Kamu memilih orang yang tidak padan dengan cara hidup kamu, cara kamu berfikir dan cara kamu berpakaian. Bagi kamu sesiapapun dan tidak kiralah bagaimanapun dia, asalkan dia menyayangi kamu tidak ada salahnya kamu menerimanya sebagai kekasih. Mungkin baik sikap kamu yang tidak memandang rendah pada orang lain ini, namun kamu harus ingat juga bukan semua orang boleh menerimanya. Misalnya setiap kali keluar kamu mengajaknya ke tempat-tempat mahal. Walaupun kamu yang mengeluarkan wang, tetapi kalau selalu sangat si dia pun akan rasa malu juga. Namun untuk belanja kamu, si dia tidak mampu. Jadi sebaiknya kamu perlu cuba untuk menyesuaikan diri andai mahu berkawan dengan orang-orang yang lebih rendah pendapatannya daripada kamu, Bak kata pepatah andai "kamu masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kalau masuk kandang lembu menguak".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan