Sabtu, 3 Disember 2011

biarkan cinta itu pergi

cinta suatu yang subjektif.. hadirnya tidak diminta, tidak juga dijemput.. tapi hadirnya tanpa kita sedari.. namun, cinta juga pergi tanpa kita fahami.. tanpa kita tahu kenapa cinta itu pergi.. kenapa cinta itu menghilang..

tapi.. sedarilah, cinta itu pergi hanya kerana cinta yang sebenarnya bukan milik kita.. cinta yang hakiki belum kita temui.. cintailah yang Maha Pencipta, kerana cinta itu yang sejati..

cinta manusia bukan hanya kerana duniawi.. tapi cinta manusia juga membawa ke akhirnya.. setiap perilaku dalam cinta akan dihitung.. akan ditimbal balik.. adakah cinta itu berlandaskan agama? atau melanggar prinsip2 dalam islam..

kadang-kadang, cinta yang hadir itu hanya untuk seketika.. ia akan pergi dan akan kembali dengan cinta yang lain... harus kita sedar, mencintai seseorang tidak semestinya kita mampu memilikinya.. bukan jodoh.. itu pasti jawapannya.. biarkan cinta itu pergi.. jika dia sudah pasti bukan milikmu lagi..
biarkan cinta itu pergi.. kerana cinta yang pasti akan kita temui..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan