Khamis, 29 Disember 2011

Amalan Mulia di Bulan Muharram

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun ISLAM (hijrah). Sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut Masihi. Penghijrahan Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah, ukhuwwah, dan syiar ISLAM sendiri. 

Pada asasnya, Muharram membawa maksud "diharamkan" iaitu Allah S.W.T melarang melakukan sebarang peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian, larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (dinyatakan dalam ayat 91, surah al-Baqarah). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Sesuai dengan permulaan tahun baru, ada beberapa amalan yang disunatkan dalam bulan Muharram

1- BERPUASA :- dinyatakan dalam hadis yang bermaksud, "sesiapa yang berpuasa satu hari dalam bulan Muharram, pahalanya seumpama berpuasa selama 30 tahun. Dinyatakan juga dalam satu hadis yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram, iaitu pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah akan tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama dua tahun.

2- Banyakkan beramal ibadat seperti mengerjakan solat sunat, berzikir dan sebagainya.

3- Amalkan berdoa pada akhir tahun iaitu pada hari terakhir bulan zulhijjah seelok-eloknya dilakukan selepas waktu Asar

4- Menyapu atau mengusap kepala anak yatim. Dikatakan, Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

5- Amalkan berdoa pada awal tahun iaitu 1 Muharram selepas waktu Maghrib

6- Memberi makan kepada orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti memberi makan kepada semua umat Nabi Muhammad.

7- Digalakkan mandi sunat pada 1 Muharram. Ini kerana Allah akan menghilangkan atau menjauhkan dari sebarang penyakit

8- Menziarahi orang sakit. Dikatakan jika kita menziarahi orang sakit, umpama kita menziarahi keseluruhan keturunan Nabi Adam s.a

KELEBIHAN pada 10 MUHARRAM (Assyura)

Abul Laits meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a yang bermaksud:- 
"Sesiapa yang berpuasa pada 10 Muharam, maka Allah akan memberikan padanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Assyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah dan 10,000 orang mati syahid. Sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyura, maka Allah akan mengurniatkan darjat bagi setiap helaian rambut. Dan sesiapa yang memberikan makanan kepada orang Mukmin yang berpuasa pada hari Assyura, maka seolah-olah memberi makan kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W dan mengenyangkan perut mereka."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan